Thursday, February 7, 2013


SEDIM PROGRAM PEMBUKA TIRAI 2013..

Di sini, kami ingin berkongsi dengan anda tentang perkembangan asrama TERATAK RAHMAT. Pada 25 januari 2013, kami telah membuat satu program motivasi 2 hari 1 malam ke pusat peranginan di Lata Sedim, Kulim, Kedah. Ia adalah program yang pertama yang telah dijayakan pada tahun ini bagi asrama TERATAK RAHMAT.


 kami berhenti berehat seketika dan makan tengahari di satu perhentian yang diberi nama perhentian Kohbah. Selepas itu, kami pun terus bergerak terus ke Lata Sedim dan tiba pada pukul 5.30 petang.

Setelah sampai disana, kami dikehendaki berkumpul di dewan makan untuk mendengar taklimat dan makan petang





Memperkenalkan ini adalah encik Jasman Jaafar. Beliau adalah pengurus SEDIM RAINFOREST RESORT. Semua aktiviti yang kami lakukan adalah di bawah pengawasan beliau.


Ini adalah acara yang pertama, adik-adik ini dibahagikan mengikut  kumpulan dan diminta memperkenalkan diri masing-masing termasuklah dengan warden sekali.



 









Aktiviti yang ke-2 adalah, menghayati satu video tentang kemiskinan di negara lain.





Aktiviti yang seterusnya adalah permainan menyusun puzzle. Puzzle tersebut tidaklah terlalu susah, apa yg penting adalah kerjasama antara kumpulan dan mereka dapat berseronok bersama!








 Aktiviti seterusnya adalah, melukis gambar dengan mata ditutup. Mengenai aktiviti ini, ia memerlukan seorang pelukis dari setiap kumpulan dan matanya di tutup dengan kain. Pelukis tersebut hanya dapat mendengar arahan daripada kawannya untuk melukis sesuatu objek. Bersemangat betul adik-adik ini memberi arahan kepada kawan mereka bagi menghasilkan lukisan yang telah ditetapkan oleh juri.









 Seterusnya adalah aktiviti Meniup kertas. Mengenai ativiti meniup kertas, setiap peserta haruslah meniup kertas hingga sampai ke garisan penamat. Kerjasama antara ahli kumpulan amatlah penting bagi aktiviti ini, namun apa yang ketara adalah gelak tawa mereka bersama dalam memastikan sehelai kertas kosong itu sampai ke garisan penamat.





Dan aktiviti yang yang terakhir bagi malam yang pertama adalah aktiviti memasukkan gelung kedalam badan. Mengenai aktiviti ini, setiap kumpulan haruslah membuat 1 barisan dan memasukkan gelung pada orang pertama dalam barisan. Gelung itu kemudiannya perlu dialihkan kepada kawan sebelah tanpa menggunakan tangan dan tanpa membuka pegangan tangan sehinggalah kepada orang terakhir dalam barisan tersebut.
…dan berakhirlah aktiviti pada malam ini..











MENEROKAI TREE TOP WALK


Tree Top Walk, merupakan sebuah jambatan pada aras pokok yang terpanjang di dunia dgn panjangnya adalah 1 km… Kami diarahkan untuk bergerak mengikut kumpulan yang terdiri dari 10 orang supaya beban di atas jambatan tidak terlalu tertumpu di satu-satu tempat. Kami juga dilarang berlari di atas jambatan, perasaan masing-masing bercampur baur antara teruja dan takut (tinggi tu).














Selepas selesai aktiviti ini, kami kami terus pulang ke resort untuk membuat aktiviti seterusnya iaitu bermain tube. Bermain tube adalah aktiviti yang paling mencabar kerana ia bermain didalam sungai yang deras…dan mengenai aktiviti ini, setiap peserta harus menaiki tube (pelampung) dan mengawal diri dari terjatuh ke dalam sungai.
Selepas aktiviti itu, kami makan tengahari dan membuat persiapan untuk balik pada pukul 2.30 petang dan selamat sampai ke asrama pada pukul 9.00 malam. Setakat ini saja yang dapat dikongsi bersama anda.

No comments: