Sunday, February 3, 2013

... dan 2013 pun bermula.

Alhamdulillah, pelayaran Teratak Rahmat memasuki tahun kelima. bahtera ini semakin kukuh badannya, semakin kemas dan besar tali layarnya, semakin jauh perjalanannya insyaAllah.. pada tahun ini, kita menerima 2 anak Rahmat yang baru. kemungkinan bulan Mac nanti akan menyambut lagi 2 kemasukan baru. Kedua-dua anak Rahmat tersebut merupakan anak yatim, yang masing-masing kematian bapa. mereka adalah siti hasmuni binti rozine (15 tahun) dan muhammad alif naim bin asmawi (13 tahun)

bermula sesi persekolahan 2013 ini, semua kelengkap persekolahan perlu diperbaharui. bersyukur kami pada Allah yg Maha Pemurah kerana telah mengirimkan satu keluarga yg prihatin, yg telah sudi menaja semua kelengkap persekolahan anak2 Rahmat pada tahun ini. mereka dibekalkn dgn dua pasang baju sekolah, dua pasang kasut, beg sekolah serta aksesori kecil yg lain. Terima kasih pada pasangan en. sofian dan pn. norshida ; semoga Allah sahaja yg berhak membalas kebaikan kalian. selesai menyerbu kedai kelengkapan persekolahan di arau, rezeki anak-anak ini dimurahkan lg dengan jamuan makan mlm di kfc (jg thanks to pasangan en.pian n shida)


gembira Mus dgn raganya


Pening cashier diserbu anak2 ni
After penat shopping, kfc time!
 

kini setelah genap sebulan bermulanya sesi persekolahan, anak-anak ini kelihatan gembira dan bersemangat. Semoga Allah merahmati tahun ini dengan memberikan hidayah yang mematangkan fikiran dan menjadikan anak-anak ini semakin mengenali Allah dan RasulNya dan bersyukur atas setiap nikmatNya. semoga mereka menjadi insan yang dapat membela agama dan bangsa kelak, amin.

No comments: