Thursday, June 28, 2012

WaTeR Dalam Brosur

Kini maklumat Wakaf Teratak Rahmat (WaTeR) 2012 boleh dimuat turunkan di laman blog Teratak Rahmat.

Bagi mereka yang ingin menyebarkan pamphlet bercetak Teratak Rahmat, pamphlet yang tersedia adalah terhad.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi admin laman blog di email teratakrahmat@gmail.com atau di akaun Facebook Teratak Rahmat.





Thursday, June 7, 2012

(WaTeR) Fasa Pertama: Hasil Projek Bomba


 Gambar berikutnya akan dikemaskini. InsyaAllah.
 Hose Reel System
Paip yang besar sekali adalah paip air khas.


Sistem Hos Gelung





Tangki air yang amat besar dan pelbagai kelengkapan berada di dalam.



Sistem Penggera Kebakaran/ Sistem Pecah Kaca

Kaca ini tidak boleh dipecahkan.


Inilah Sistem Pecah Kaca yang dimaksudkan
Sistem ini disertakan dengan penggera kecemasan



Paip yang diisi dengan sistem pendawaian khas. 




Lampu Kecemasan





Dinding Kalis Api
  • Sedang disiapkan


(WaTeR) Fasa Pertama: Proses Pembinaan


Membaca pelan premis Teratak Rahmat. Hasil kepakaran mereka
proses pembinaan berjalan dengan lancar.
Antara 2 buah lori yang datang, ianya membawa peralatan yang bakal dipasang.   
Kadang-kadang lori digantikan dengan van. Komitmen yang diberikan meyakinkan lagi
warga Teratak Rahmat.

Besi untuk pendawaian elektrik bomba sedang disediakan. 
 
Menyiapkan paip air khas dan paip sistem kecemasan yang akan digunakan.
Gambar agak kabur, mereka sedang menyediakan 'spot light' kecemasan.
Tempat membancuh simen, simen tersebut akan digunakan untuk membina
tapak tangki air yang amat besar.
5 tapak tangki sedang disiapkan. Bayangkan bagaimana besarnya tangki
yang akan diletakkan atas 5 tapak ini. 


Proses meninggikan lagi penghadang koridor



Wednesday, June 6, 2012

WaTeR 2012: Impian Fasa Pertama Menghampiri Kenyataan

Alhamdulillah, kutipan WaTeR 2012 (Wakaf Teratak Rahmat 2012) bagi Fasa 1 iaitu penyediaan sistem anti-kebakaran dan dinding kalis api sebanyak RM60,000.00 sudah mencapai sasarannya semalam (selasa 5 Jun 2012).

Dengan mengucapkan syukur kepada Allah, Teratak Rahmat mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada para penderma budiman atas keprihatinan dalam fasa pemula ini. Semoga Allah menganugerahkan keberkatan dan rahmat kepada rezeki, keluarga, zuriat, karier dan lain-lain perkara yang sedang Tuan-Puan usahakan.

Kerja-kerja pembinaan Fasa Pertama sudahpun dimulakan. Mohon doakan segalanya lancar dan menepati dateline Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu 15 Jun 2012.

Gambar-gambar pembinaan Fasa Pertama akan menyusul


WaTeR 2012: Fasa Kedua

Bismillah… dengan nama Allah dimulakan pengumpulan dana bagi Fasa Kedua dengan RM170.00. Dengan sasaran RM40,000, sistem pendawaian elektrik dan perpaipan bangunan Teratak Rahmat yang sudah berumur 23 tahun mahu diganti demi keselamatan daripada litar pintas dan bahaya-bahaya lain.. Permudahkanlah ya Allah