Sunday, April 8, 2012

ComeyBelako: Rumah Anak2 Yatim/Miskin Teratak Rahmat perlukan bantuan segera


Didalam keresahan menghadapi hari mendatang, sukarelawan Teratak Rahmat tidak berseorangan kerana ditambah seorang lagi ahli yang berjiwa murni. Setelah membaca kisah yang menyentuh hati dan berkesan di blog beliau, semangat untuk membantu anak-anak yatim dirasakan seperti telah di'charge' kembali... semoga anda juga akan merasa seperti apa yang saya rasakan, teruskan membaca. Dipetik dari laman http://comeybelako.blogspot.com/2012/04/rumah-anak2-yatimmiskin-teratak-rahmat.html

Ah...ianya sekadar bantuan biasa yang kebanyakan rumah anak2 yatim perlukan. Saya hanya membaca sekilas pandang tagged note sahabat baik saya di UK, Puan Hazlina Md Yusof kepada saya di wall facebook.


Penulis pernah menziarahi seorang ibu tua
di pondok ini.
"Ibu, awat ibu rumah anak2 yatim tu?", tanya Irdina anak perempuan saya berusia 9tahun. Tersentap seketika saya. Tidak saya sangka Irdina memberi perhatian ke skrin notebook saya sambil menyiapkan homeworknya. Saya ceritakan kepada Irdina, Rumah Anak2 Yatim Teratak Rahmat perlukan sekitar 60ribu utk siapkan bangunan dan penuhi piawaian BOMBA. "Kalau tak cukup duit macammana depa nak buat ibu?". Saya diam saja tanpa jawapan. "Kalau tak buat tak boleh ka. Duduk la macam la ni", tanya Irdina lagi. Nampaknya bersungguh Irdina nak tau. "Kalau tak boleh buat semua tu, rumah anak2 yatim tu kena tutup sebab tak ikut undang2". Saya cuba jelaskan dengan bahasa yg paling senang Irdina faham. "Anak yatim ni bukan ka ibu dan abah depa dah mati? Kalau tutup depa nak duduk mana?". Belum sempat saya jawab, "Ibu, depa tak buleh sekolah kan ibu kalau tak dok situ. Depa nak duduk mana ibu? Ibu ambik depa buat anak angkat buleh dak?", tanya Irdina dengan penuh ikhlas. Airmata kasih saya sudah mula bergenang. Saya peluk Irdina. "Ibu akan buat sesuatu kakak! Ibu janji!". Saya tewas dengan permata hati saya. Saya juga malu dengan sikap tak endah saya. Saya sibuk siapkan kerja tadi dan hanya pandang sebelah mata pintaan bantuan di facebook saya. "Ibu, depa kat situ mesti macam orang dengan Irfan, Irsyad, Isyraf kan. Main sama2. Makan sama2. Bergaduh sama2. Pi sekolah sama2. Kalau tak boleh dok situ depa tak buleh dok sama2 lagi lah kan ibu". Aduh! Anakku..."Kalau orang, ibu abah dah mati pun orang takmau pisah dengan Irfan, Irsyad dengan adik. Orang nak dok sama2. Tapi orang takmau ibu abah mati. Anak yatim tu nanti jumpa ibu abah depa kat syurga kan?"...kau runtun hati ibu lagi anakku. "Esok ibu talipon rumah anak yatim tu. Ibu cuba carikan bantuan. Ibu janji. Nanti bila kita berjaya selesaikan hal ni kita pi melawat depa ok". Irdina tersenyum puas. "Ok ibu. Orang nak tidoq dah. Orang sayang ibu.", sambil mencium + peluk saya. Saya tewas lagi...air mata keibuan saya menitis tanpa saya sedar.

My Inspiration
Sumber inspirasi penulis
Sahabat sekalian, dengan merendah diri saya pohon dibukakan lah hati dan minda kita untuk selamatkan Teratak Rahmat. Selamatkan anak2 yatim ini. Jangan kita pisahkan mereka seperti kata Irdina. Marilah kita pastikan anak2 ini berpeluang teruskan persekolah mereka. Saya berpeluang berbicara melalui telefon dgn Encik Azwar, urusetia Teratak Rahmat. Jika segala usaha gagal Encik Azwar akan cuba dapatkan pinjaman peribadi utk membantu anak2 ini. Itu jalan terakhir si insan berhati mulia ini. Sahabat sekalian, marilah kita cuba elakkan insan berhati mulia ini daripada menuju ke option terakhir itu kerana sesungguhnya insan berhati mulia ini juga punya tanggungjawab wajib kepada keluarga sendiri. Apa yang beliau dan rakan2 lakukan sekarang adalah cukup mahahebat dipandangan mata saya. Warden tetap Teratak Rahmat hanya menerima elaun RM300 sebulan menabur bakti di Teratak Rahmat. Saya tidak nampak dimanakah relevannya jumlah RM300 di zaman ini, tetapi hati insan2 mulia ini merelevankannya. Kita masih boleh terukan perjuangan mencari wang ringgit dengan kerjaya kita, tetapi saya pinta sediakanlah sedikit bahagian yang kadang2 kita hanya bazirkan dengan membeli barang yg tidak kita perlukan untuk anak2 ini.

Buat masa ini kita perlu focus untuk bantu Teratak Rahmat mendapat kelulusan pihak bomba dengan memastikan prasarana keselamatan tersedia dan ianya bakal menelan kos RM60,000. Teratak Rahmat mempunyai masa yang terhad sehingga May2012 untuk memastikan prasarana ini sedia atau menghadapi risiko penutupan. Berikut adalah maklumat Teratak Rahmat dan cara saluran bantuan.
> Encik Azwar Bin Rahmat, Setiausaha Kerja Teratak Rahmat - 0194776482
> http://teratakrahmat.blogspot.com/
> No account Teratak Rahmat: 0901-0019362-72-9 Bank Muammalat

Saya pinta para para sahabat sekalian dapat copy saya secara offline (zurra_abdul@yahoo.com) jumlah derma sahabat sekalian untuk tracking. Juga mohon disebarkan maklumat ini.

Moga Allah swt murahkan rezeki sahabat sekalian. Dan moga kita berjumpa disyurga dengan anak2 kita sebagaimana kata Irdina.

Wassalam.

Azura

TERHIMPIT:Teratak Rahmat Perlukan RM 50 000 !

Alhamdulillah pelbagai usaha telah dilakukan oleh sukarelawan dan barisan kepimpinan selepas Teratak Rahmat diberi peluang selama tiga (3) bulan untuk kumpulkan wang sebanyak RM 50 000, wang tersebut akan digunakan untuk memenuhi kehendak bomba seperti yang terkandung dalam akta UBBL 1984 (Asrama dan Dormintori). Antara yang diperlukan mengikut akta tersebut ialah:
Sistem hos gelung yang diperlukan.

a)      Sistem hos gelung (Hose Reel System)
b)      Sistem Pecah kaca
c)       Sistem Penggera Kebakaran
d)      Lampu tanda keluar
e)      Lampu kecemasan
Tambahan:
f)       Tukarkan bilik asrama yang berdinding kayu kepada dinding batu.


  Selepas mendapat kelulusan 2 daripada 3 agensi, iaitu kelulusan Jabatan Kesihatan Perlis(6 Januari 2011) dan Majlis Perbandaran Kangar(2 Febuari 2011). Pada 7 Mac 2011, pihak bomba keluarkan surat rasmi berhubung kegagalan Teratak Rahmat memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) sentiasa memberi nasihat agar Teratak Rahmat dapat memenuhi piawaian bomba tersebut. Untuk makluman kepada para penderma, premis asal ini bukanlah dibina khas untuk asrama tetapi telah diubahsuai menjadi asrama. Oleh kerana syarat kelulusan bomba untuk sebuah asrama dan dewan dua(2) tingkat adalah berbeza, maka bomba meminta Teratak Rahmat membuat penambahbaikkan dengan kehendak-kehendak pihak bomba agar ciri-ciri keselamatan yang diperlukan dapat dipenuhi. Tambahan pula, cadangan pihak JKM Perlis supaya  membina bangunan baru tidak mampu diusahakan, maka Teratak Rahmat memilih untuk menambah baik keperluan yang ada, kerana kos yang perlu diusahakan adalah tidak sebanyak kos pembinaan asrama baru.

Bilik air yang baru disiapkan.

  Namun disebabkan kesibukan memenuhi keperluan harian anak-anak Teratak Rahmat, maka pembinaan bilik air yang baru, kantin, bilik rawatan dan 'dorm' diberikan keutamaan terlebih dahulu. Untuk keselamatan di Asrama Teratak Rahmat sistem keselamatan lama tetap dikekalkan. Malangnya selepas setahun berusaha, jumlah RM 40 000 (anggaran pihak bomba) masih juga gagal dicapai kerana pelbagai urusan lain perlu diutamakan.

Disangkakan mencecah RM 40 ribu, rupa-rupanya melebihi RM 50 ribu


  Setelah peristiwa tersebut, usaha untuk mendapat bantuan diteruskan, Mak Wan atau Puan Wan Zurina Wan Isa adalah antara sukarelawan yang berusaha keras dalam membantu Teratak Rahmat. Pada 20 Mac 2012, JKM Perlis memberi tempoh 3 bulan agar keperluan keselamatan Bomba yang bernilai RM 40 000(anggaran pihak bomba) dapat disiapkan dalam masa tiga(3) bulan. Apabila berusaha memulakan projek, pihak Teratak Rahmat dimaklumkan oleh arkitek bahawa jumlah anggaran sebenar ialah melebihi RM 50 ribu tetapi dengan rayuan yang bakal dibuat mungkin dapat dikurangkan sehingga RM 50 000.

 Sekarang Teratak Rahmat dan para sukarelawan sedang berusaha keras mengumpul RM 50 000, walaupun hanya RM 3000 yang dapat dikumpul buat masa sekarang, usaha sukarelawan tetap patut dijadikan teladan kerana mereka berusaha sebaik mungkin untuk membantu anak-anak yatim dan miskin.

Apapun diharap perjuangan murni akan diteruskan hingga saat akhir, mari kita buktikan kemampuan rakyat Malaysia dalam melakukan kerja-kerja kebajikan, inilah perjuangan yang dapat membela nasib anak muda dan dituntut oleh agama Islam sepanjang zaman serta pemangkin kepada generasi akan datang.Berikut adalah maklumat Teratak Rahmat dan cara saluran bantuan.

> Encik Azwar Bin Rahmat, Setiausaha Kerja Teratak Rahmat - 0194776482
> http://teratakrahmat.blogspot.com/
> http://comeybelako.blogspot.com
> No account Teratak Rahmat: 0901-0019362-72-9 Bank Muammalat

AKAUN TERATAK RAHMAT
http://teratakrahmat.blogspot.com/2009/04/akaun-teratak-rahmat-yang-baru.html


Surat JKM : tempoh 3 bulan

Pencapaian (10 April 2012)RM 9, 833
Baki: RM 40,167.00


Bersambung di laporan terkini Separuh dari RM 50 000 telah dikumpul, pemasangan dimulakan...

Monday, April 2, 2012

Sumbangan Barangan : Perkembangan Terkini TR

Alhamdulillah, setelah hampir empat tahun asrama Teratak Rahmat beroperasi, pelbagai penambahbaikan telah berlaku. Ini semua adalah hasil sumbangan dari individu yang dermawan dan pelbagai agensi yang sangat prihatin. Pada ruangan ini, akan dikongsikan perkembangan dan apa yang diperlukan untuk menambahkan keselesaan kepada anak-anak di Teratak Rahmat. 

Pelbagai kekurangan telah ditampung, anak Teratak Rahmat berdikari dengan kemampuan yang ada, apa-apa sumbangan yang diberi, itulah nikmat yang mereka kecapi dan apa-apa yang terkurang, itulah yang mereka akan sabar dan tempuhi dengan rasa kesyukuran.


Kantin




Disamping memberi peluang pendidikan duniawi dan agama Islam, termasuk dengan kelas tambahan oleh guru-guru sukarelawan tetapi persoalan adakah Teratak Rahmat dapat bersaing dengan keselesaan yang disediakan oleh ibu bapa mereka?, sentiasa bermain dibenak fikiran barisan tenaga kerja Teratak Rahmat. Contohnya, cadar mereka yang cuma mampu dibasuh sekali sekala, lazimnya hanya dijemur dengan sinaran matahari. Pergi pula ke almari mereka yang uzur, mungkin akan mengganggu privasi mereka ketika sesi lawatan para penderma dan tempat belajar mereka yang kurang selesa, menyebabkan Teratak Rahmat berusaha menyiapkan perpustakaan agar boleh diguna oleh semua penghuni.


Almari



Sudut Belajar
Kawasan belajar perempuan
Kipas kawasan kerja sekolah yang
tidak sempat ditukar
Kesemua empat kipas kawasan belajar perempuan belum
dapat ditukar.



 

Kawasan belajar lelaki dengan meja yang uzur.
Menanti fasa ketiga untuk gantikannya.

Kesemua kipas angin kawasan belajar turut rosak.


Satu daripada tiga kipas berjenama yang uzur dikawasan belajar lelaki.

Dalam masa yang genting ini, diharap juga cabaran mengumpul +- RM 50 000 (anggaran arkitek) sebelum bulan Mei 2012 akan dipermudahkan Allah s.w.t.Diharap pada bulan Jun nanti JKM Perlis akan berpuas hati dengan usaha yang telah dilakukan.Arkitek anggarkan RM 50 000 perlu dikumpul untuk mendapatkan kelulusan Bomba dan JKM Perlis. Anggaran pihak bomba (RM 40 000) pada tahun lepas (2011) adalah berdasarkan nilai sebelum kenaikan harga.


Kamar Tidur


Bilik ini tidak sempat disiapkan pintunya,
mujur kawasan lelaki dan perempuan ada
sempadan yang jauh.

Pintu sempadan jantina. Belakang pintu ini adalah bilik
warden tetap.
Di sebelah tirai sana, adalah sudut asrama perempuan.







Maka buat masa sekarang fasa pertama untuk projek sistem keselamatan bomba diutamakan dahulu tambahan surat peringatan telah diterima daripada JKM Perlis. Berikutnya fasa kedua iaitu memperbaiki sistem pendawaian elektrik yang bernilai lebih kurang RM 40 000, ini juga adalah satu lagi inisiatif Teratak Rahmat untuk memastikan sistem lintar pintas akan lebih selamat setelah 20 tahun digunakan. Selepas itu barulah pergi ke fasa menambah dan memperkemaskan keperluan harian anak-anak di Teratak Rahmat. Alangkah bagusnya kalau ianya dapat diselitkan dalam fasa yang awal, namun cadangan itu hanyalah dapat dilakukan sekiranya keadaan kewangan yang stabil dan tiada tekanan seperti sekarang.

Harap-harap pada masa akan datang, Teratak Rahmat dapat selesaikan masalah-masalah yang mengganggu keperluan harian anak Teratak Rahmat.
Sudut Hadapan Teratak Rahmat







Perpustakaan Teratak Rahmat


Inilah antara orang kuat yang menjayakan
pembinaan perpustakaan Teratak Rahmat 


Mungkin agak panas tiga buah kipas angin untuk 30 orang.
Tetapi inilah yang terbaik sementara kipas diganti pada fasa ketiga nanti.

Kawasan Aktiviti Dan Solat Berjemaah






Bilik Air










Van Serbaguna