Wednesday, June 6, 2012

WaTeR 2012: Impian Fasa Pertama Menghampiri Kenyataan

Alhamdulillah, kutipan WaTeR 2012 (Wakaf Teratak Rahmat 2012) bagi Fasa 1 iaitu penyediaan sistem anti-kebakaran dan dinding kalis api sebanyak RM60,000.00 sudah mencapai sasarannya semalam (selasa 5 Jun 2012).

Dengan mengucapkan syukur kepada Allah, Teratak Rahmat mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada para penderma budiman atas keprihatinan dalam fasa pemula ini. Semoga Allah menganugerahkan keberkatan dan rahmat kepada rezeki, keluarga, zuriat, karier dan lain-lain perkara yang sedang Tuan-Puan usahakan.

Kerja-kerja pembinaan Fasa Pertama sudahpun dimulakan. Mohon doakan segalanya lancar dan menepati dateline Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu 15 Jun 2012.

Gambar-gambar pembinaan Fasa Pertama akan menyusul


WaTeR 2012: Fasa Kedua

Bismillah… dengan nama Allah dimulakan pengumpulan dana bagi Fasa Kedua dengan RM170.00. Dengan sasaran RM40,000, sistem pendawaian elektrik dan perpaipan bangunan Teratak Rahmat yang sudah berumur 23 tahun mahu diganti demi keselamatan daripada litar pintas dan bahaya-bahaya lain.. Permudahkanlah ya Allah

No comments: