Sunday, April 8, 2012

TERHIMPIT:Teratak Rahmat Perlukan RM 50 000 !

Alhamdulillah pelbagai usaha telah dilakukan oleh sukarelawan dan barisan kepimpinan selepas Teratak Rahmat diberi peluang selama tiga (3) bulan untuk kumpulkan wang sebanyak RM 50 000, wang tersebut akan digunakan untuk memenuhi kehendak bomba seperti yang terkandung dalam akta UBBL 1984 (Asrama dan Dormintori). Antara yang diperlukan mengikut akta tersebut ialah:
Sistem hos gelung yang diperlukan.

a)      Sistem hos gelung (Hose Reel System)
b)      Sistem Pecah kaca
c)       Sistem Penggera Kebakaran
d)      Lampu tanda keluar
e)      Lampu kecemasan
Tambahan:
f)       Tukarkan bilik asrama yang berdinding kayu kepada dinding batu.


  Selepas mendapat kelulusan 2 daripada 3 agensi, iaitu kelulusan Jabatan Kesihatan Perlis(6 Januari 2011) dan Majlis Perbandaran Kangar(2 Febuari 2011). Pada 7 Mac 2011, pihak bomba keluarkan surat rasmi berhubung kegagalan Teratak Rahmat memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) sentiasa memberi nasihat agar Teratak Rahmat dapat memenuhi piawaian bomba tersebut. Untuk makluman kepada para penderma, premis asal ini bukanlah dibina khas untuk asrama tetapi telah diubahsuai menjadi asrama. Oleh kerana syarat kelulusan bomba untuk sebuah asrama dan dewan dua(2) tingkat adalah berbeza, maka bomba meminta Teratak Rahmat membuat penambahbaikkan dengan kehendak-kehendak pihak bomba agar ciri-ciri keselamatan yang diperlukan dapat dipenuhi. Tambahan pula, cadangan pihak JKM Perlis supaya  membina bangunan baru tidak mampu diusahakan, maka Teratak Rahmat memilih untuk menambah baik keperluan yang ada, kerana kos yang perlu diusahakan adalah tidak sebanyak kos pembinaan asrama baru.

Bilik air yang baru disiapkan.

  Namun disebabkan kesibukan memenuhi keperluan harian anak-anak Teratak Rahmat, maka pembinaan bilik air yang baru, kantin, bilik rawatan dan 'dorm' diberikan keutamaan terlebih dahulu. Untuk keselamatan di Asrama Teratak Rahmat sistem keselamatan lama tetap dikekalkan. Malangnya selepas setahun berusaha, jumlah RM 40 000 (anggaran pihak bomba) masih juga gagal dicapai kerana pelbagai urusan lain perlu diutamakan.

Disangkakan mencecah RM 40 ribu, rupa-rupanya melebihi RM 50 ribu


  Setelah peristiwa tersebut, usaha untuk mendapat bantuan diteruskan, Mak Wan atau Puan Wan Zurina Wan Isa adalah antara sukarelawan yang berusaha keras dalam membantu Teratak Rahmat. Pada 20 Mac 2012, JKM Perlis memberi tempoh 3 bulan agar keperluan keselamatan Bomba yang bernilai RM 40 000(anggaran pihak bomba) dapat disiapkan dalam masa tiga(3) bulan. Apabila berusaha memulakan projek, pihak Teratak Rahmat dimaklumkan oleh arkitek bahawa jumlah anggaran sebenar ialah melebihi RM 50 ribu tetapi dengan rayuan yang bakal dibuat mungkin dapat dikurangkan sehingga RM 50 000.

 Sekarang Teratak Rahmat dan para sukarelawan sedang berusaha keras mengumpul RM 50 000, walaupun hanya RM 3000 yang dapat dikumpul buat masa sekarang, usaha sukarelawan tetap patut dijadikan teladan kerana mereka berusaha sebaik mungkin untuk membantu anak-anak yatim dan miskin.

Apapun diharap perjuangan murni akan diteruskan hingga saat akhir, mari kita buktikan kemampuan rakyat Malaysia dalam melakukan kerja-kerja kebajikan, inilah perjuangan yang dapat membela nasib anak muda dan dituntut oleh agama Islam sepanjang zaman serta pemangkin kepada generasi akan datang.Berikut adalah maklumat Teratak Rahmat dan cara saluran bantuan.

> Encik Azwar Bin Rahmat, Setiausaha Kerja Teratak Rahmat - 0194776482
> http://teratakrahmat.blogspot.com/
> http://comeybelako.blogspot.com
> No account Teratak Rahmat: 0901-0019362-72-9 Bank Muammalat

AKAUN TERATAK RAHMAT
http://teratakrahmat.blogspot.com/2009/04/akaun-teratak-rahmat-yang-baru.html


Surat JKM : tempoh 3 bulan

Pencapaian (10 April 2012)RM 9, 833
Baki: RM 40,167.00


Bersambung di laporan terkini Separuh dari RM 50 000 telah dikumpul, pemasangan dimulakan...

2 comments:

JAI said...
This comment has been removed by the author.
JAI said...
This comment has been removed by the author.