Saturday, November 12, 2011

Jamuan Kesyukuran Bekas Pelajar Sekolah Menengah Syed Hassan


Teratak Rahmat baru sudah terima daging korban untuk tahun ini dan AlhamduLillah rekod tahun lepas di pecah tahun ini dengan 10 ekor lembu di sedekahkan ke Teratak Rahmat, untuk pengetahuan tahun lepas TR dapat 6 ekor. Kami di TR tetap bersyukur walaupun di takdirkan dapat kurang ataupun banyak. Selepas dua hari Warden TR dan Anak Rahmat Senior bertungkus lumus memotong daging, Bekas-bekas pelajar SM Syed Hassan datang dan anjurkan jamuan kesyukuran untuk Anak Yatim Teratak Rahmat.




Anak Yatim Hembusan Kasih makan bersama Anak TR
Majlis bukan sahaja untuk anak yatim dan miskin Teratak Rahmat. Sebuah lagi rumah anak yatim yang bernama Rumah Hembusan Kasih di jemput oleh bekas-bekas pelajar SM Syed Hassan.

Pengerusi Teratak Rahmat merangkap Yang Dipertua Al-Islah Perlis Cikgu Othman Hussin datang bagi memeriahkan lagi majlis.


Kesemua hadirin di jamu ala 'buffet' antara menu adalah Nasi putih, daging masak hitam, sup daging, ikan goreng, sambal belacan, pisang dan air. Aiskrim di beri pada permulaan majlis kepada semua orang.



Pengerusi Majlis pada hari itu adalah Dr Hazman Hassan


Sumbangan diberi untuk Teratak Rahmat dan Rumah Hembusan Kasih.






Teratak Rahmat turut beri sesuatu berupa kad untuk wakil penganjur majlis. Adik Umairah sebagai Anak TR termuda tampil kehadapan menyampaikan kad tersebut. Gambar-gambar majlis ada di bawah.