Monday, September 26, 2011

Bicara Muslih Muda (BIMM) - 6


Tanpa kita sedar sudah enam kali BIMM di jalankan di bangunan Al-Islah perlis. Dengan mengambil orang-orang muda memberi tazkirah dihadapan anak anak Yatim & Miskin TR sudah pasti banyak dapat dipelajari anak TR. Orang ramai terutama Remaja di alu-alukan untuk datang ke Pusat pengajian Al-Islah Perlis Mata Ayer Perlis. 27/9/2011 (selasa) 9.00 Malam.

>Namanya Hazmi B Hamid, 
>Pelajar Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.
>Sedang mengambil STAM
>Orang Sabah
>Tajuk Bicara "Kiat Menuntut Ilmu"




Semua dijemput hadir..........................................

Tuesday, September 20, 2011

Projek Perpustakaan : Harapan Kian Menjelma


Tuan Iskandar menerangkan serba sedikit perkembangan projek
kepada tetamu sambil diperhatikan oleh Dr Hazman Hassan, En Azwar
dan Puan Wan Zurina.

Selasa, 20 September 2011 - Dua orang wakil daripada Royal Institution Of Surveyors Malaysia, Dr Khoo Boo Khean dan Dr Sarwan Singh telah hadir ke Teratak Rahmat untuk meneliti kekurangan dan keperluan "Projek Perpustakaan Teratak Rahmat". Kehadiran pelawat tersebut telah menjernihkan lagi harapan untuk melihat anak-anak Teratak Rahmat (TR) mempunyai kemudahan pusat sumber sendiri yang lebih eksklusif. Turut hadir pada pagi dan hari yang bermakna ini ialah Ketua Projek, Tuan Iskandar Syah Ismail dan jawatankuasa Teratak Rahmat.

Bersemangat, seorang anak TR sedang
menyampaikan syarahan.
Pernah terjadi beberapa insiden yang menyebabkan warden Teratak Rahmat tersenyum sendirian, antaranya ketika menganjurkan pertandingan pidato dan bercerita pada hujung minggu, ada anak TR yang berjiwa kental telah berpidato dan bercerita dalam bahasa Indonesia yang mungkin mereka sendiri tidak mampu menjiwainya hingga menyebabkan para juri menjadi bingung sampai ada yang keras perut. Itulah pro dan kontranya apabila anak Teratak Rahmat bersemangat untuk menjadi pemenang tetapi bahan rujukannya banyak yang berbahasa Indonesia, sudahlah ada yang tidak faham, ditambah pula yang tersalah eja, memang terasa sangat betapa peliknya apabila orang utara berbahasa Indon.

Ruang belajar pelajar perempuan.
Mungkin inilah salah satu rahmat kepada warga TR sekiranya projek yang amat berharga ini berjaya dilaksanakan, sebagai warden yang menetap di perkampungan Jejawi, penulis berasa perpustakaan ini adalah pengubat kepada kanak-kanak dan rakan-rakan anak TR di sekitar asrama Teratak Rahmat untuk mengisi masa sengkang yang ada. Reaksi positif yang diberikan oleh Dr Khoo dan Dr Sarwan terhadap projek ini telah memberikan harapan yang tinggi agar projek ini dapat dimanfaatkan secepat yang mungkin.
Dr Hazman menemani Dr Khoo melihat bahan rujukan di AMI Islah.

Tuan Iskandar menjelaskan berkenaan kekurangan pusat sumber AMI Islah

Sebagai penutupnya, saya berharap semoga Allah jualah yang memberi keberkatan dan rahmatnya kepada semua penyumbang atas usaha yang murni ini, perjuangan untuk membolehkan anak-anak menjelalahi dunia melalui bahan ilmiah bukan satu perjuangan yang kecil bagi penulis. Semua kejayaan yang hendak ditempuh, lazimnya telah tertulis jalan-jalan rahsia di dalam helaian kertas, terpulanglah kepada insan itu sendiri samaada mahu mengambil pengajarannya atau tidak. Usaha seperti ini, sememangnya dapat membantu anak-anak untuk lebih mencintai ilmu pengetahuan dan meningkatkan minat membaca dikalangan rakyat Malaysia. Ruang kepada sesiapa yang ingin menyumbang bakti masih lagi terbuka dan diperlukan, kepada yang berminat bolehlah berhubung dengan Tuan Iskandar di link http://www.blogger.com/profile/10892775590548296360 atau boleh juga berhubung dengan Dr Hazman Hassan selaku wakil Teratak Rahmat di talian +6019 4459382 atau emailkan kepada teratakrahmat@gmail.com. Jazakallahu khairan kasiira.

Monday, September 12, 2011

Menimba Ilmu dan Bersedekah

Persatuan Al-Islah Perlis menganjurkan jualan amal sebuah buku yang berjudul
"Menyuluh Keraguan dengan Istikharah"



Buku ini adalah hasil karya Ustaz Abdul Kadir B Sahak



Beliau bekerja di Jabatan Mufti Negeri Perlis. Pelancaran buku adalah pada Ahad lepas
11 September 2011 oleh yang dipertua Al-Islah Perlis Cikgu Othman Husin.

Anda boleh beli buku dengan dua cara, satu beli terus di bangunan Al Islah Perlis yang
terletak di Mata Ayer ataupun beli secara 'online' dengan Teratak Rahmat.
Di mana kami akan pos buku ini kepada anda.
Harga buku ini adalah RM4.50. Jika berminat saya hendak
memberitahu bahawa jika anda beli anda menyumbang kepada
anak yatim dan miskin Teratak Rahmat. Sebab itu tajuk catatan ini
Menimba Ilmu dan Bersedekah. Beli buku ini untuk menimba Ilmu dan
sekali gus anda telah pun Bersedekah kepada anak Yatim dan Miskin TR.

Kepada sesiapa berminat boleh menghubungi
Azwar Ibrahim-0194776482 / Nurul Huda-0194219382
Boleh juga hantar e-mail kepada kami di : teratakrahmat@gmail.com



Wednesday, September 7, 2011

Hubungan Ibu-Anak di Teratak Rahmat (Harian Metro)

Nurul Huda Idris seorang warden tetap asrama Teratak Rahmat telah muncul
dalam Akhbar Harian Metro semalam. ini link nya...
Di bawah keratan akhbar.