Tuesday, August 23, 2011

Anak TR berbuka puasa bersama Artis

Intan Ladyana seorang pelakon Malaysia yang berkacukan Melayu-Thai datang ke Teratak Rahmat untuk berbuka puasa bersama-sama anak TR pada bulan puasa ini. 17.8.11 tarikh kehadiran Intan yang menceriakan anak Yatim dan Miskin TR. Kak Intan merupakan panggilan Anak TR kepadanya.



Kak Intan dan Anak TR dihidangkan nasi daging yang bernama Nasi Arab. Kuih-muih untuk berbuka puasa juga ada dan lain lain juadah.


Kehadiran Intan Ladyana disambut dengan pantomim oleh anak TR. Pantomim daripada 3 kumpulan kesemuanya berkisar tentang kehidupan mereka.

Kumpulan diatas ceritakan tentang jangan sekali-kali kita lupa Ibu dan Bapa di kampung. Selalulah balik jenguk mereka jika anda sudah berkerjaya tinggi dan bekerja di luar negeri


Kumpulan seterusnya tentang padahnya sikap mencuri dan kumpulan terakhir adalah dari kisah benar salah seorang anak TR bermula dengan pertelingkahan ibu dan bapanya. Dan menunjukkan bahawa bertapa susah Ibunya apabila terpaksa kerja sara keluarga tetapi sibapa tidak melakukan tanggungjawab.





Thursday, August 18, 2011

Kembara Ukhwah Ke Utara (KUKU)

Petang Sabtu yang menyejukkan.
15 orang yang datang dari bandaraya KL menamakan perjalanan mereka sebagai KUKU
Kembara Ukhwah Ke Utara.
Destinasi Utara KUKU adalah Teratak Rahmat.

Pengerusi Teratak Rahmat sedang memberikan sedikit ucapan,Juga kelihatan backdrop Selamat Datang kepada KUKU.

13-0g0s-2011 adalah tarikh mereka di sini. Ahli KUKU terdiri daripada penulis novel terkenal Norhayati Berahim dan seorang lagi rakan kepada DR Bubbles Pn Kusyi hirdan. Lawatan KUKU di cadangkan oleh DR Bubbles. Bagi yang tidak tahu siapa DR Bubbles anda boleh tengok catatan lama blog TR. DR Bubbles seorang yang bekerja keras dalam menjayakan Projek perpustakaan TR. Dalam blog DR Bubbles juga terdapat catatan tentang KUKU akan datang ke TR. Layari juga website dan blog : Kusyi Hirdan & Norhayati Berahim

Kuih di bazar bersegi segi
pembelinya senyum nampak gigi
kami harap ahli KUKU tidak pergi
terima kasih sila datang lagi

KUKU menyediakan beberapa sumbangan berupa makanan, wang, tuala dan lain lain. Ahli KUKU sampai lebih kurang 5.30 petang mereka berbual seketika dengan ajk TR sebelum upacara pemberian sumbangan diadakan di dalam dewan.





Seterusnya ada petunjukan Silat Seni oleh dua orang pesilat dari Seni Silat Pusaka 7. Silat Pusaka 7 adalah silat yang diajarkan di Teratak Rahmat. Di dalam gambar adalah Saudara Aman dan Zulfakar.
















Tari Seni dibuka dahulu. Sebelum Seni tempur
mengambil tempat.






















Anak-anak TR memberi hadiah ringan kepada KUKU, hadiah berupa kad didalamnya terdapat pantun direka oleh anak-anak TR.

Wednesday, August 17, 2011

Sumbangan Persatuan Pandu Puteri Perlis

Pada 6 Ogos 2011, Rombongan Persatuan Pandu Puteri Perlis yang diketuai oleh Datin Hajjah Tengku Shireen Bt. Tengku Suleiman selaku Yang Dipertua persatuan sempat mengunjungi Teratak Rahmat walaupun sibuk dengan mengurus program seharian.


Pada majlis ramah mesra bersama warga Teratak Rahmat, Persatuan Pandu Puteri turut menyampaikan sumbangan kepada setiap Anak Rahmat dan sumbangan barangan keperluan.




Semoga Allah jualah yang membalas usaha murni pihak persatuan dalam bulan Ramadan yang istimewa ini.







Monday, August 15, 2011

Diskusi Ilmiah di Al-Islah Perlis


Anda juga boleh datang tengok persekitaran Asrama Anak Yatim dan Miskin Teratak Rahmat
dan mungkin memberi apa apa sumbangan untuk anak anak TR
Semua dijemput hadir....


Monday, August 1, 2011

Berbuka Puasa bersama Penghuni Teratak Rahmat



Assalamualaikum
Tuan / Puan
dijemput berbuka puasa dan solat tarawih diikuti tazkirah,
Pada Jumaat 5 . Ogos . 2011 di Islah Mata Ayer
Islah menyediakan hidangan asas, maka dialu-alukan sumbangan
  • Tamar
  • Lauk
  • Sayur
  • Kuih
  • Buah
  • Minuman
  • Sebagainya...

Sabda Nabi s.a.w: "Siapa memberi makan orang berpuasa, baginya pahala orang berpuasa itu, tanpa dikurangi sedikit pun pahalanya (Tirmizi)