Monday, March 28, 2011

Gotong royong perkarangan Dewan Islah

Assalamualaikum w.b.t semua....

26.3.2011 (sabtu) lepas kami menganjurkan gotong royong untuk membersihkan di sekitar dan dalam dewan Islah. Orang luar terutama orang Islah dan Anak TR bertungkus lumus membersihkan sekitar dewan Islah. Bukanlah TR itu kotor memerlukan kebersihan yang ketara. Akan tetapi seperti kata Ustaz Rizal atau nama samarannya (Mat Malaya) yang penting dalam Gotong Royong ini ialah Ukhwah yang terjalin pada hari tersebut.


Hujan merupakan antara yang terawal menjelma di pagi hari Gotong Royong. Kehadirannya
menjadi tanda tanya bagi semua orang samaada akan berlangsung atau tidak program Gotong
royong ini? Hujan bukanlah penghalang tetapi Hujan adalah Rahmat yang jelas bagi kita semua.
Kesemua yang hadir masih menyambung buat kerja mereka seperti biasa.



Tentatif Program :
8.00 - 9.00 : tetamu sampai, semua orang di jamu bihun, air teh, Nasi Lemak, Roti.


9.00 - 11.30 : Mula operasi....
Bahagian yang di bersihkan: Tepi Pagar bersebelahan rumah Prof, rumput panjang di hadapan dewan, Dalam Maktabah(pustakaan) dan bilik mesyuarat. kipas kipas dalam dewan, di belakang dewan. Bagi Wanita pula mereka di dalam kantin TR Masak untuk jamuan di sebelah tengah hari.







11.30 - 12.00 Selepas semua selesai gotong royong, mulalah acara pentomen anak TR dan Ceramah dari UstazRizal. Anak TR yang memberi Pentomen adalah adik Intan Norhakimah & Mohd Ashraf. masa
diberi adalah 5 minit sahaja. Selepas itu ustaz rizal berikan ceramah. Kesemua acara berhenti
pada jam 12.00 dan makan tengah hari berlangsung. Maaf saya begitu asyik makan sehinggakan
lupa tangkap gambar makan tengah hari kami semua. Jadi saya rasa cukup lah sekadar gambar
yang ada diatas. Dan anda boleh tonton video di bawah.

Friday, March 25, 2011

Bicara Muslih Muda. (Bunyamin)

Asalamualaikum...

B.I.M.M singkatan untuk tajuk berita ini.

B.I.M.M adalah idea Ustaz Hazman(Unit Pendidikan) bagi mencungkil bakat penceramah muda di Teratak Rahmat. Antara yang mengambil bahagian adalah WarTR AbgZul, Zuraida, Zahiri dan lain lain. kali ini....

Seorang WarTR yang walaupun tidak selalu di TR tetapi Ilmu yang di keluarkan akan tetap di TR, seorang jejaka yang sudah berpunya yang bernama Bunyamin b Abas akan membentangkan bicaranya bertajuk :

"Kepentingan Ushul Al-Tsalasah kepada Remaja"

Saya tidak tahu isinya lagi, tetapi apa yang saya tahu tentang Ushul Al-Tsalatsah adalah karya
Muhammad B Abdul Wahab. Seorang yang di landa dengan tohmahan pada zaman ini, dia di gelar Wahabbi, ataupun lebih tepat ajaran nya digelar wahhabi. Wahhabi adalah satu nama
yang ditakuti pada zaman ini, lebih takut wahhabi dari yahudi rasanya...... Jangan kita terus
menilai atau menghukum sesuatu yang kita sendiri tiada Ilmu tentangnya.
Di sini saya ingin mengajak semua yang membaca Blog TR yang sederhana ini, datang ke:

Persatuan Al-Islah Perlis di Mata Ayer. Malam ini 25/3/2011 selepas Isya'. Datang beramai-ramai untuk dengar sebuah Bicara oleh Muslih Muda kita Bunyamin Abas dengan tajuk di atas. pada masa yang sama, anda boleh lawat Asrama Anak TR kami di sini. Sekian Assalamualaikum...


'Hariq' di Teratak Rahmat!!?





Apakah 'hariq' itu?
'Hariq' dalam bahasa arab bermaksud Api. jadi tajuknya adalah "Api di Teratak Rahmat"

Adakah TR mengalami kebakaran? tidak... tetapi di TR semalam 24/3/2011 jam 10.30mlm
ada satu Latihan kebakaran (Fire Drill) yang di rancang oleh TR dan pihak Bomba Arau.

Idea ini telah berada di benak fikiran kami setahun lepas... cuma tak ada masa yang
sesuai untuk mula buat. Jadi kami ke Balai Bomba Arau dan rancang satu fire drill.
Kami berbincang dengan Cikgu Rahim sebulan yang lepas dan memilih tarikh tersebut untuk
Fire Drill.

Pada jam 10.00 kebanyakan anak TR sedang berada di dorm ada yang sedang studi ada yangtidur.

Jam 10.20 Aras Nizar dan Teh kebelakang bangunan bakar sampah secara gimik, untuk menampakkan asap yang berkepul kepul.

Jam 10.30 Saya mula tempik memanggil WarTR AbgZul, mengatakan bahawa ada Api di
belakang, dan AbgZul pun kelam kabut panggil semua Anak TR turun kerana terdapat
Kebakaran...

Jam 10.35 semua Anak TR selamat kehadapan Bangunan dan sekali gus saya menelefon
Balai Bomba Arau membuat laporan kebakaran.

jam 10.46 Bomba tiba mereka mengambil masa 6 minit dari Arau untuk sampai ke Mata
Ayer. Secara Professional Pihak Bomba hadir dan melakukan kerja mereka.

jam 10.55 Bomba beri sedikit taklimat tentang tujuan mereka kepada Anak TR, Aras dan WarTR. Kesemua saling memahami apa yang berlaku dan dapat pengalaman sebanyak sedikit.

Pihak Bomba di jemput oleh Ustaz Hazman untuk masuk kedalam bangunan Islah, mereka
dijamu minuman dan makanan.

AlhamduLillah Syukur kita kepada Allah kerana telah selesai dan berjaya program ini.
Kalaulah terjadi apa apa selepas ini, maka akan Kami semua di TR selepas ini akan selamat
dan tahu apa mahu buat jika terdapat kebakaran insyaAllah....








































untuk lebih memahami singkatan di atas:

Anak TR : Anak atau Pelajar Teratak Rahmat yang menjadi penghuni di Asrama.
ARaS : "Anak Rahmat Senior" Anak TR yang sudah habis belajar dan warden junior.
WarTR : "Warden Teratak Rahmat" warden tetap yang menghuni Asrama. Mereka adalah Warden yang Senior. WarTR sepenuh masa
bersama Anak TR menjaga, mendidik, memberi panduan dan apa apa saja usaha yang boleh mereka beri.