Thursday, January 27, 2011

Update Sumbangan & Aktiviti


Assalamualaikum kepada pembaca....

Apa Khabar? Sebai dee Mai? Kaifa hal?

ketiga tu maksud dia sama sahaja... :)

Tentang Sumbangan yang baru kami terima adalah dari kilang First Solar kulim.
antara sumbangan yang kami terima adalah
  • 6 Buah basikal baru
  • Tilam
  • Katil
  • Kipas
  • dan lain lain
Sumbangan seperti Basikal diagihkan menurut pertandingan yang kami adakan. Katil dan tilam di beri kepada perempuan kerana dalam dorm mereka dari dahulu hingga sekarang hanya terdapat tilam. Katil di pasang dengan elok oleh warden juga kipas akan di pasang di tempat seperti kantin, Makmal Komputer, dorm dan lain lain.



Aktiviti
Baru minggu lepas kami adakan pertandingan teka silang kata(Crossword), Lukis Slogan dan ceramah. Tetapi ceramah tidak dapat buat kerana masa singkat. Aktiviti akan di adakan menurut minggu dan kami akan memperbaiki program yang kami adakan. Konsep baru yang kami perkenalkan dapat membuat anak anak TR belajar benda baru seperi setiap aktiviti akan kami kaitkan(relate) kepada AGAMA. Dan itu amatlah penting bagi memantapkan Ilmu Agama anak anak TR.





Monday, January 10, 2011

Tahun baru, permulaan TR baru.


Assalamualaikum w.b.t

Saya mohon maaf kerana mengambil masa agak lama untuk mengemaskini blog Teratak Rahmat. selepas kem silat itu saya (blog keeper) sibuk dengan aktiviti aktivi lain yang saya anjur.

Tahun baru (2011) sedang kita lalui, sama juga anak anak TR. Pelajar lama tetap di TR tidak ada yang keluar dan kehadiran yang baru telah menceriakan lagi TR. Di Teratak Rahmat, pelajar lama yang keluar adalah adik Syafiq, Haidar dan zulkifly. bukan mereka keluar terus dari TR mereka sedang menuggu keputusan SPM dan sedang tolong sebanyak sedikit di TR. Pelajar baru pula adalah adik:
  1. Akmal
  2. Amirul
  3. Fadli
  4. Sharip
  5. Wan Aishah
  6. Wan Anis
Pelajar baru datang ke Teratak Rahmat pada hujung bulan disember 2010. Mereka telah lalui minggu orientasi TR di mana terdapat banyak aktiviti pada minggu itu. antaranya adalah sesi motivasi dari warden dan juga fasilitator luar datang dan adakan sesi dengan mereka. Minggu orientasi adalah penting bagi "Break the Ice" Bermaksud Mula suatu sesi bagi mengenal sama sendiri bagi mengelakkan ke janggalan. Selepas orientasi pelajar baru dapat sebanyak sedikit berperasaan seperti rumah mereka sendiri kerana mereka sudah kenal dan tahu objektif TR dan warden wardennya. buat masa sekarang kesemua anak TR masih baru di sekolah dan sedang menyesuaikan diri.

Adetz