Monday, December 19, 2011

Akhirnya... At last...

Akhirnya setelah sekian lama menunggu Perpustakaan Kanak-Kanak TR
untuk siap dan melalui pembukaan rasmi, semalam semua itu sudah tercapai...

Lebih kurang 30-40 orang kakitangan ICI Paints dan Pertubuhan Jur ukur DiRaja Malaysia datang ke Teratak Rahmat bagi menyaksikan acara Pembukaan Perpustakaan Kanak-kanak Teratak Rahmat.
Sebaik turun dari bas mereka dia bawa kehadapan bangunan Islah bagi menyaksikan Tarian Seni Silat.
Mereka sedang diperlihatkan Silat Seni
 oleh saudara Zulfakar

Zulfakar membuka tari






Tetamu masuk dan bersalaman
dengan Anak-anak TR








Tetamu masuk dan bersalaman
dengan Anak-anak TR











Dr Hazman sedang beri ucapan
Upacara Bermula dengan tetamu hadir di perlihatkan Seni Silat. Selepas itu mereka masuk ke dalam bangunan dan bersalaman dengan Anak-anak TR. Pengerusi majlis adalah cikgu Imran dan yang memberi ucapan adalah wakil dari Persatuan Juruukur dan Unit Pendidikan TR Dr.Hazman Hassan. Selesai ucapan acara tarik tirai dan penyampaian pidato oleh adik Zulaikha dilangsungkan di Perpustakaan.












Acara menarik adalah selepas tetamu ziarah tempat tidur anak TR iaitu Asrama di tingkat 1 bangunan Al-islah dan makan jamuan ringan.
Acara yang dimaksudkan saya adalah acara yang membuat semua orang takut untuk lihatnya. Acara yang di sangka 100% batiniah ataupun Spiritual dan bukan pada Fizikal. Para pembaca perlu tahu, bahwa yang ditunjuk oleh ahli Silat adalah 100% fizikal dan 100% Sains. Tidak ada apa-apa bacaan tertentu melainkan Bismillah... Cuma perlu latihan yang cukup dan keyakinan pada Allah. Antara yang diapaparkan adalah :

  1. Silat Seni (Tari, Tempur)
  2. Menjilat Bara Api yang Panas, dan ditunjukkan kepanasannya oleh sehelai tisu.
  3. Memakan kaca dari mentol Lampu
  4. Memotong timun atas badan manusia
  5. Memukul Bata atas Badan Manusia
Kesemua tetamu tonton dengan kerisauan tetapi selepas semuanya habis mereka berasa lega dan kami menjamin kepada mereka yang kesemua ini adalah pada latihan yang cukup.


Dua cilik menunjukkan
 aksi silat seni tempur
Zulfakar dan Syamir bersedia
 jilat rantai besi panas






Syamir seorang pesilat lama menunj



Mentol lampu yang dijadikan
 hidangan pemakan kaca



Anak didik silat Pusaka 7 memakan kaca

Memotong timun semasa mata
tertutup oleh cikgu Zubir

No comments: