Thursday, August 18, 2011

Kembara Ukhwah Ke Utara (KUKU)

Petang Sabtu yang menyejukkan.
15 orang yang datang dari bandaraya KL menamakan perjalanan mereka sebagai KUKU
Kembara Ukhwah Ke Utara.
Destinasi Utara KUKU adalah Teratak Rahmat.

Pengerusi Teratak Rahmat sedang memberikan sedikit ucapan,Juga kelihatan backdrop Selamat Datang kepada KUKU.

13-0g0s-2011 adalah tarikh mereka di sini. Ahli KUKU terdiri daripada penulis novel terkenal Norhayati Berahim dan seorang lagi rakan kepada DR Bubbles Pn Kusyi hirdan. Lawatan KUKU di cadangkan oleh DR Bubbles. Bagi yang tidak tahu siapa DR Bubbles anda boleh tengok catatan lama blog TR. DR Bubbles seorang yang bekerja keras dalam menjayakan Projek perpustakaan TR. Dalam blog DR Bubbles juga terdapat catatan tentang KUKU akan datang ke TR. Layari juga website dan blog : Kusyi Hirdan & Norhayati Berahim

Kuih di bazar bersegi segi
pembelinya senyum nampak gigi
kami harap ahli KUKU tidak pergi
terima kasih sila datang lagi

KUKU menyediakan beberapa sumbangan berupa makanan, wang, tuala dan lain lain. Ahli KUKU sampai lebih kurang 5.30 petang mereka berbual seketika dengan ajk TR sebelum upacara pemberian sumbangan diadakan di dalam dewan.





Seterusnya ada petunjukan Silat Seni oleh dua orang pesilat dari Seni Silat Pusaka 7. Silat Pusaka 7 adalah silat yang diajarkan di Teratak Rahmat. Di dalam gambar adalah Saudara Aman dan Zulfakar.
















Tari Seni dibuka dahulu. Sebelum Seni tempur
mengambil tempat.






















Anak-anak TR memberi hadiah ringan kepada KUKU, hadiah berupa kad didalamnya terdapat pantun direka oleh anak-anak TR.

No comments: