Tuesday, August 23, 2011

Anak TR berbuka puasa bersama Artis

Intan Ladyana seorang pelakon Malaysia yang berkacukan Melayu-Thai datang ke Teratak Rahmat untuk berbuka puasa bersama-sama anak TR pada bulan puasa ini. 17.8.11 tarikh kehadiran Intan yang menceriakan anak Yatim dan Miskin TR. Kak Intan merupakan panggilan Anak TR kepadanya.



Kak Intan dan Anak TR dihidangkan nasi daging yang bernama Nasi Arab. Kuih-muih untuk berbuka puasa juga ada dan lain lain juadah.


Kehadiran Intan Ladyana disambut dengan pantomim oleh anak TR. Pantomim daripada 3 kumpulan kesemuanya berkisar tentang kehidupan mereka.

Kumpulan diatas ceritakan tentang jangan sekali-kali kita lupa Ibu dan Bapa di kampung. Selalulah balik jenguk mereka jika anda sudah berkerjaya tinggi dan bekerja di luar negeri


Kumpulan seterusnya tentang padahnya sikap mencuri dan kumpulan terakhir adalah dari kisah benar salah seorang anak TR bermula dengan pertelingkahan ibu dan bapanya. Dan menunjukkan bahawa bertapa susah Ibunya apabila terpaksa kerja sara keluarga tetapi sibapa tidak melakukan tanggungjawab.





No comments: