Tuesday, July 5, 2011

Adik Najwa dan Zulaikha Mendapat Penghargaan


Segala puji untuk Allah dan saya mengucapkan tahniah kepada adik Najwa dan adik Zulaikha kerana telah berjaya terpilih sebagai penerima anugerah Hari Kecemerlangan Pelajar SK Oran pada 5 Julai 2011.

Adik Najwa menerima hadiah daripada Encik Syawal,
Bapa Angkat SK Oran.


Adik Zulaikha

Kehadiran mereka dengan berpakaian segak dan bersih untuk menerima penghargaan daripada guru-guru yang disayangi mereka telah membuatkan saya terharu. Semoga adik Najwa dan Zulaikha terus berusaha untuk maju ke hadapan dan tidak berputus asa tidak kira dimana kita berada. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah, saya berasa mereka sangat beruntung pada hari tersebut sekiranya hendak dibandingkan dengan diri saya yang hadir untuk menerima anugerah pelajar cemerlang dengan hanya memakai baju yang telah kekuningan dan kasut yang terkoyak dek kesusahan hidup ketika itu. Semoga segala usaha adik Najwa dan Zulaikha serta semua Anak Rahmat akan dilimpahi dengan balasan yang baik sepertimana atau melebihi apa yang telah dianugerahkan kepada saya, warden dan guru-guru yang sama-sama membimbing anda semua.



Guru Besar SK Oran, ustaz dan tetamu khas menyampaikan nasihat dan motivasi.



Majlis yang gilang-gemilang ini dimulai dengan tazkirah berdasarkan sirah Nabi Muhammad saw yang banyak memberi tips dan pengajaran berguna kepada kita untuk menelusuri liku-liku hidup di dunia ini. Seterusnya, Pengetua dan tetamu jemputan turut memberi amanat agar pelajar terus maju ke hadapan dan tidak leka dengan keberadaan kemudahan 'Facebook' dirumah serta tidak lalai dengan gejala penyalahgunaan dadah dan 'cyber cafe' di luar rumah.

Semoga semua pelajar terutamanya Anak Rahmat terus bermotivasi untuk memajukan diri dan umat Islam serta dapat mengambil iktibar dan pelajaran dari program yang bermanfaat ini.

Zahiri bin Zubir
Warden
Teratak Rahmat.

No comments: