Monday, April 25, 2011

Projek Perpustakaan Teratak Rahmat



Alhamdulillah, peluang untuk melihat anak TR mempunyai perpustakaan remaja sendiri hampir tercapai. Sekarang Projek Perpustakaan Teratak Rahmat dalam usaha mengumpul dana untuk merealisasikan impian tersebut.

Dengan berpandukan video Projek Perpustakaan Teratak Rahmat (terima kasih diucapkan kepadaEncik Latfy Anuar Latif dan En Shaharin Zainon), diharap jelaslah matlamat pihak pengurusan TR kepada orang ramai yang ingin menyumbang untuk Projek Perpustakaan Teratak Rahmat. Secara tidak langsung para dermawan telah menyumbang kepada pembinaan motivasi untuk memupuk sikap suka membaca kepada anak-anak Teratak Rahmat dan rakan mereka yang berkunjung nanti.

Kami yakin dengan daya tarikan ilustrasi buku dan kemudahan yang akan disediakan oleh Dr Bubbles dan rakan-rakan beliau, insyaAllah ianya mampu menarik minat kanak-kanak dan remaja untuk menggali ilmu. Contohnya seperti perpustakaan di bawah:



Bagi tuan-tuan yang ingin menyumbang, sumbangan dana boleh disalurkan kepada Dr Bubbles melalui akaun Maybank: 1621 8801 6529.

Dan kepada yang ingin menderma untuk projek pembinaan dinding dan kelengkapan bolehlah disalurkan kepada :

Sekiranya anda mahu menyumbang dengan cek, tuliskan cek anda atas nama
TERATAK RAHMAT
. (Di belakang cek, sila tuliskan Teratak Rahmat dan program khusus yang mahu anda bantu, sekiranya ada.)

Hantarkan cek anda kepada:
Pengerusi Teratak Rahmat
d/a Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis
Km 1.2, Jalan Mata Ayer
02600 Mata Ayer
Perlis, Malaysia

Untuk keterangan l
anjut serta untuk menyalurkan sumbangan tunai, pihak kami boleh dihubungi sebagaimana yang tertera di atas atau melalui telefon (Azwar @ 019-4776482). Bagi tujuan bank-in, sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Bank Muamalat TERATAK RAHMAT di nombor akaun 0901-0019362-72-9.

1 comment:

Nandre The Legend said...

saya dah jumpa dengan Dr Bubbles di ITM segamat