Thursday, April 28, 2011

2 Orang Berjasa Besar Kepada TR Nahas Motosikal




Dukacita dimaklumkan bahawa dua orang yang sentiasa menyumbang bakti kepada Teratak Rahmat telah terlibat dalam kemalangan yang berasingan.

Seorang warden litar yang menternak untuk Teratak Rahmat di kebun Teratak Rahmat terlibat dalam kemalangan di jalan Mata Ayer ketika menghantar anak sulungnya ke kelas pengajian kanak-kanak di Teratak Rahmat. Kejadian berlaku kerana warden terbabit tidak menyedari motosikal yang berada jauh di belakangnya ditunggang dengan laju oleh seorang remaja, akibatnya ketika beliau memberi isyarat tangan berhampiran garisan tengah kerana lampu signalnya rosak, tangannya telah dilanggar dan menyebabkan kedua-dua motosikal terbabas ke seberang jalan. Kedua-dua penunggang hanya cedera ringan manakal anak sulungnya (3 tahun) yang tercampak dari motor telah dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Tengku Fauziah, Kangar dan dirawat sebagai pesakit luar.



Manakala seorang mak cik yang selalu menderma kepada Teratak Rahmat juga terlibat dalam nahas motosikal yang berasingan buat kali pertama sejak motosikal tersebut dibeli pada tahun 1987. Beliau dilanggar oleh motosikal lain yang masuk dari arah bertentangan secara tiba-tiba, pada waktu itu beliau sedang menunggang motosikal pulang dari klinik dan telah tercampak ke tepi jalan. Akibat daripada itu, beliau telah patah kedua-dua tangannya dan kini sedang dirawat di rumahnya di Kuala Perlis.

Beliau adalah seorang guru KAFA dan tinggal bersama suami di kediaman mereka, kini suami beliau tidak bekerja kerana ingin menjaga isterinya sepenuh masa. Sama-samalah kita membantu meringankan beban dan berdoa agar mereka kembali pulih dan diberi kententeraman hidup di dunia dan di akhirat. Kepada yang ingin memberi sumbangan bolehlah merujuk kepada pautan tersebut. http://teratakrahmat.blogspot.com/2009/04/akaun-teratak-rahmat-yang-baru.html

Motosikal mak cik yang terlibat dalam nahas telah diuruskan sepenuhnya oleh pihak insuran manakala motosikal yang ditunggang warden terbabit dan penunggang yang melanggarnya mengalami kerosakan teruk. Warden tersebut telah membayar sebahagian kos memperbaiki motosikal remaja terbabit selepas masalah tersebut dibincang secara baik selari dengan akhlak umat Islam yang mementingkan hubungan silaturrahmi agar setia terjalin.

No comments: