Wednesday, October 27, 2010

Ibadah Korban untuk Teratak Rahmat

Apakah Ibadah Korban?
> Ia dilakukan selepas menunaikan Solat 'Idil Adha(hari raya Qurban)
> Yang disembelih adalah seperti Kambing, kibasy, unta dan sebagainya
> Ia adalah Sunnah Rasulullah S.A.W maka ini adalah amalan yang sangat murni
> Ia tidaklah suatu yang wajib seperti berpuasa di bulan ramadhan sebaliknya ia adalah Sunat seperti dalam sebuah hadis dari Ummi Salamah bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

أذا رأيتم هلال ذي الحجة وأراد أحدكم أن يضحى فليمسك عن شعره وأظفاره

"Apabila kamu melihat anak bulan zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak bekurban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya."

pada perkataan "kamu hendak berkurban/kamu mahu berkurban" menunjukkan bahawa berkorban itu terserah kepada kemahuan seseorang. Ini bererti bahawa berkorban itu tidak wajib tetapi hanya sunnat.

Kehidupan seorang manusia adalah untuk mencari keredhaan Allah, maka berkorban itu adalah antara jalan jalan keredhaan Allah.
______________________________________________________
Seperti pada tahun lepas, Ibadah Korban akan dijalankan,
dan dagingnya akan disedekahkan kepada Asrama Anak Yatim dan Miskin Teratak Rahmat.

~Persoalannya tuan tuan dan puan puan...


Adakah Anda mahu mengerjakan Ibadah Korban Menurut SUNNAH!?
Adakah anda mahu menambah pahala Korban dengan mensedekahkan dagingnya!?
Mahu mengganda ganjaran pahala sedekah apabila yang akan memakannya adalah dikalangan Anak Yatim dan Miskin?

Mari tuan tuan dan puan puan....

Mari sertai Ibadah Korban di Teratak Rahmat (Lembu tidak disembelih di TR)

1 bahagian lembu -----> RM 350 sahaja.
Tarikh tutup ------> 5 zulhijjah (11 november 2010)

Di minta untuk tuan tuan dan puan puan sebarkan informasi ini kerana dengan daging daging Korban yang kami dapat, kami berkesempatan untuk simpan dagingnya sepanjang tahun 2011 untuk diberi makan Anak Yatim dan Miskin berada di Teratak Rahmat.

Untuk sebarang pertanyaan boleh anda hubungi
Hazman : 019-4459382 E-Mail: ibnarawi99@yahoo.com

Sunday, October 17, 2010

First test


First test bermaksud ujian pertama sebelum ujian yang sebetulnya.
apakah maksud itu?

seperti kata wardern TR Zahiri, kamu akan diduga/diuji disini terlebih dahulu baru kamu akan dibawa ke sebuah tempat yang lebih mencabar lagi!

Masih belum membawa apa apa maksud dari tajuk dan isi intro.
pada tarikh yang sama dengan kehadiran pengunjung dari maktab perguruan
Anak anak TR di bawa ke sebuah kebun di bukit keteri di mana aktiviti khemah "camping" dijalankan. idea camping ini adalah idea ketua warden kami Azwar Ibrahim. perkhemahan di kebun tersebut adalah supaya anak anak TR ini di duga di kebun yang separa mencabar ini sebelum membawa mereka ke tempat yang lebih lagi mencabar seperti di "Teh O" yang telah anak anak TR menengah kunjung.

Di hadiri oleh anak anak TR dari rendah ke menengah juga seorang pelajar baru TR, beberapa ahli silat PLN. mereka tiba pada tengah hari selepas aktiviti dengan pihak maktab perguruan sabtu itu, dimulakan dengan arahan supaya cari dan dapatkan lokai untuk khemah dibangunkan. saya hadir semasa sedang mereka naikkan khemah mereka berada di merata rata tempat di kebuh tersebut untuk mencari lokasi sesuai, pihak lelaki jumpa sebuah lokasi di mana bertempat di tanah orang! dan mereka disuruh untuk tukar lokasi. pihak perempuan menempatkan khemah mereka di tanah bekas tanaman jagung lokasi tersebut agak elok kerana ia dekat dengan air. perkhemahan itu berjalan seperti biasa di mana unggun api di naikkan, khemah khemah di naikkan, solat jemaah atas rumput dan masakan masakan meggi menjadi menu utama. Ahli silat PLN hadir adalah kerana pada malam hari terdapat silat tengan malam yang di kendali oleh majo. kaedah silat yang menarik itu sempat saya saksikan. pada waktu yang sama juga pelajar TR yang rendah di beri tugas atau cabaran yang mengentalkan hati! cabaran itu menyuruh mereka jalan yang pendek tetapi gelap menuju ke sebuah rumah atau pondok yang usang, jika pembaca sekilan pandang pada pondok itu malam hari akan pembaca fikir 2X untuk ke sana :) dan pada lewat malam taklimat diberi oleh wardern zahiri kata katanya seperti di atas. sentri ditempatkan pada setiap satu jam. kesemua pelajar di beri peluag untuk berjaga pada malam hari.

Selepas cubaan pertama nampak bahawa anak anak TR rendah sudah sedia untuk ke tempat yang lebih mencabar lagi!! InsyaAllah akan bawa mereka ke Teh O atau banjaran nakawan





Separuh hari aktivitinya!



Maktab Perguruan Padang Behor Kangar telah datang
dan menganjurkan satu aktiviti dipanggil
Program Khidmat Masyarakat.

kunjungan aktiviti mereka mengambil separuh hari dari 8.00 pagi hingga ke tengah hari.
kesemua aktiviti yang dijalankan amatlah menyeronokkan.... jika saya juga seorang anak TR saya mahu sangat mengambil bahagian :)

Saya tidak dapat membuat laporan penuh atas aktiviti aktivi yang di mainkan kerana saya terpaksa ke suatu tempat semasa program itu, saya cuma berpeluang untuk mengambil beberapa gambar sahaja. dan disini gambar gambar tersebut.













Tuesday, October 5, 2010

Fokus....

Assalamualaikum...

Bismillah.

Sudah kebiasaan di Malaysia, jika hujung hujung tahun akan ada peperiksaan di sekolah.
dan itu lah masanya untuk Fokus..... fokus dengan pelajaran, semua mata pelajaran perlu
difokuskan...

Anak anak TR masa sekarang sedang giat membaca buku seperti adik Ashraf, Saidah dan fatimah
mereka menduduki peperiksaan PMR dan sudah kelihatan usaha mereka membaca buku.
sehinggakan latihan silat diberi kelonggaran, harapan kami adalah supaya mereka
buat sebaiknya dalam mencari ILMU.

Untuk beberapa bulan ini, aktiviti hari ahad TR di berhentikan.
Mereka semua digalakkan untuk study kerana peperiksaan yang akan datang......