Tuesday, July 27, 2010

Aktiviti TR: Pencipta Muda






Assalamualaikum...

Kepada semua ahli perniagaan, boleh jika mahu ambil atau beri ilmu kepada anak TR masuk ke dalam
R&D syarikat anda kerana anak TR ni ada bakat dalam penciptaan, .....

Hehe disitu sedikit intro untuk tajuk aktiviti,
Aktiviti yang di adakan pada 11/7/10 bertajuk "Pencipta Muda"
Objektif aktiviti adalah untuk anak TR membuat sesuatu ciptaan dan persembahkan
produk ciptaan itu kepada hakim, hakim diadakan untuk menilai produk ciptaan mereka itu.
ciptaan ciptaan dari replika kapal terbang, barang perhiasan dari tempurung kelapa, tidak seberapa jadi gunung berapi dan barang aksesori dicipta dari manik.

Kumpulan yang memenangi dan diberi gelaran Pencipta Muda adalah, kumpulan
"Bang Bang Boom" Ciptaan mereka diberi nama Kapal Terbang pertama, idea mereka
adalah untuk mencipta satu replika dan fokus pada memantapkan persembahan produk tersebut.
persembahan mereka adalah yang terbaik dengan poster yang sederhana dengan video tentang kapal terbang di reka, juga risalah kecil untuk hakim. mereka mendapat pujian dari hakim atas usaha mereka.
kumpulan lain seperti Waka Waka mencipta manik manik aksesori, mungkin para juri nampak
ia seperti suatu yang tidak perlu diusahakan sangat jadi markah mereka tidak begitu tinggi,
bagi kumpulan ali ting ting ting, mereka reka perhiasan dari tempurung kelapa, rekaan seperti
bekas pensel, kasut mainan kanak kanak dan lain lain lagi. terakhir adalah kumpulan
under 18 mereka sepatutnya reka sebuah gunung berapi yang aktif, tetapi gunung berapi itu tidak aktif boleh jadi ia seperti gunung berapi yang bernama malindang
di mindanao filipina sebuah gunung berapi yang tidak aktif sama seperti gunung berapi kumpulan under 18. dan disitulah kesemua rekaan.
di atas adalah gambar gambar.




Monday, July 5, 2010

Van...

VAN........

Sebuah kenderaan, adakah hanya sebuah kenderaan? Tanpanya bersempitlah kita, betulkah ia menyempitkan kita? Dengan yang lain perjalanan terpaksa bertambah, dengan yang mana?

Van adalah sebuah kenderaan yang kita hanya tengok sebagai pembawa manusia. Sama seperti Bas. Van di mana mana sahaja akan ada ramai orang menaikinya ada yang bawa keluarga, ada yang bawa orang orang kilang, ada yang bawa budak sekolah, ada yang bawa bahan berniaga dan lain lain cara yang digunakan untuk dapat manfaat dari VAN itu. Tidak seperti bas di mana jumlah penumpang yang boleh ditampung adalah lagi ramai berbanding van. Bas dan Van berbeza dari saiz dan kebolehan mencelah(dari pandangan saya), jika terdapat kesesakan lalulintas susah sungguh nak tengok bas mencelah tak bolehlah mencelah tetapi van boleh mencelah untuk pemandu yang berkebolehan lah.... macam biasa keduanya ada “pros” & “cons” masing masing. Udah udah lah dengan perbezaan......

Untuk kami Teratak Rahmat(TR) menilai VAN itu dengan penilaian yang tinggi, Van telah jadi kemudahan luar bangunan yang penting. Sama juga dengan anak anak TR. Untuk kami ia bukanlah hanya sebuah kenderaan, ia bagaikan “Kaki untuk TR” istilah itu seperti istilah para remaja guna dimana jika seseorang itu tidak ada kenderaan dia bagaikan “patah kaki” boleh dikatakan juga untuk TR kami bagaikan “patah kaki” apabila satu satunya Van kami yang dibeli oleh saudara Azwar itu telah mengalami kerosakan di Padang Besar. Sebelum ini van itu memang sudah ada masalah dengan beberapa kerosakan, itu tidak mengapa kerana sebaik sahaja ada kerosakan akan kami baikinya. Tetapi pada hari terakhir ia dapat digunakan dan mengalami kerosakan, seperti biasa Van dihantar ke workshop. Proses pembaikan sudah mengambil masa yang agak lama, berita terakhir tentang Van adalah kami mungkin perlu bayar harga yang agak mahal supaya van itu dibaiki. Sebaik sahaja dengar berita tersebut telah jadi sukar untuk menggunakan Van itu seperti biasa. Bagi yang pernah membaiki kenderaan anda mungkin tahu berapa banyak yang perlu bayar jika terdapat kerosakan yang serius, keadaan kami jadi seperti menongkat dagu dan termenung........ tetapi ia tidak lah sebegitu teruk. Seperti kata mohamad bilal lakhni, “One Hardship Comes with Two Relieves” dalam buku beliau bertajuk-Real Life Lesson From The Holy Quran. bermaksud Satu kesulitan dilengkapi dengan dua kelegaan. Ketiadaan Van telah jadi satu kesulitan dan dalam tidak sadar ada 2 kelegaan yang hanya dirasai oleh kami.

Kereta kereta warden TR telah datang menyelamatkan keadaan dengan menjadi pembawa kepada pelajar sekolah rendah ke sekolah, juga menghantar anak TR ke kampung pada minggu minggu tertentu. Seperti kedatangan superman yang terbang kesana kemari untuk menyelamatkan keadaan tanpa diduga kereta warden TR juga telah memainkan peranan seperti itu. Kereta warden yang dijadikan pengangkutan utama sekarang adalah pengganti utama Van, disinilah dikatakan tanpanya(Van) bersempitlah kita. Pelajar sekolah rendah terdapat 4 perempuan & 5 lelaki di sini boleh kita bayangkan 9 pelajar sekolah rendah di muatkan kedalam proton wira. Ia memang agak sempit, bagi saya mahu ke sekolah dalam kesempitan itu tidak mengapa tetapi apabila balik dari sekolah saya akan rasa discomfort(ke tidak selesa) kerana pelajar sekolah rendah masa baliklah mereka bermain mereka sedar bahawa mereka berpeluh dengan banyak dan mengakibatkan uniform mereka berbau tetapi itulah budak budak. Sebaik sahaja naik kereta satu kereta berbau cengis. Pernah saya alami nya sekali terpaksa saya tutup air cond dan terus capai butang tingkap bagi meleraikan bau yang terkumpul. Di sini terjadi juga pengambilan dan penghantaran yang bertambah, terpaksa berjalan dua kali, tidak boleh ambil dan hantar sekali seperti kata orang utara ”sekali harung”.

Kesukaran TR tanpa van sudah nampak ketara,

apabila kereta kereta warden digunakan bukan buat sementara,

nampak kenderaan itu terlebih beban,

dengan anak anak TR yang dibawa untuk melaksanakan kerja penghantaran,

Jika dengan Van, sungguh terasa keselesaan apabila masuk ke dalam ruang yang luas, kemudahan bergerak didalam kenderaan direka untuk membawa orang ramai, bau cengis tidak seberapa akan terkumpul kerana tiada kesempitan. adalah amat TR inginkan . Ia tidak akan menyempitkan apabila kesekolah dan juga balik ke kampung.

Dari utara ke selatan

Berjalan jalan tanpa sebatang pen

Ada sebuah kenderaan TR perlukan

Ia adalah sebuah Van

Adetz™