Monday, June 28, 2010

Anak TR di rombak semula??

Apa khabar semua? Como vocês estão?(bahasa Portugis)

Agak mengejutkan apakah maksud ini semua? Adakah anak anak TR yang ada dalam Asrama anak yatim dan orang miskin itu di rombak? Bermaksud pelajar yang sedia ada sudah tidak diletakkan di situ? Sudah diubah kesemuanya dengan pelajar baru? Ini amat mengejutkan..... dan minta maaf saya hanya bergurau...

Pada bulan lepas kami giat anjurkan petandingan, antaranya adalah
"pertandingan mengeja dan matematik"
"pertandingan Melukis"
"pertandingan bercerita"
"pertandingan pantomim dan bercerita"
dalam pertandingan tersebut anat TR mengambil bahagian secara berkumpulan, dan telah saya kemukakan nama nama kumpulan yang direka oleh anak TR.

Pada bulan ini kami rombak semula kumpulan yang sudah sedia ada atas sebab terdapat 3 anak TR keluar dari Teratak Rahmat. 2 pelajar perempuan dan 1 pelajar lelaki, pelajar lelaki bernama Zuhair Aiman keluar dari Teratak Rahmat adalah kerana ayahnya kembali ke perlis untuk menjaga beliau. sebelum ni ayah Zuhair ada di Pulau Pinang. Dan 2 pelajar perempuan, mereka berdua adik beradik bernama mariam dan nuraini. lebih kurang sama kisahnya seperti zuhair, mariam dan nuraini akan ke kelantan di mana ibu mereka akan menjaga keduanya. Kami di TR akan merindui mereka, bahkan saat sedang berbicara ini kami sedang merindui mereka.

Adik Zuhair Aiman
Adik Nuraini
Adik Mariam

Minum air ditepi perigi
Dalam perigi ada ikan keli
Ketiadaan mu akan dirindui
Kepulangan mu kami nanti


Jadi balik kepada kisah rombak yang tidak seberapa mengejutkan itu... ^_^
Anak anak TR di pilih berdasarkan tahap pembelajaran mereka. senang kata mengikut IQ masing masing, dahulu terdapat 6 kumpulan sekarang telah kami kurangkan ke 4 kumpulan.
kali ini nama kumpulan kumpulan telah berubah dan mereka memilih nama nama itu ikut kreativiti mereka. nama namanya adalah:
  • ATTT
  • Bang bang Boom
  • Waka Waka
  • Under 18
Pertandingan Matematik dan Mengeja sudah pun berlangsung pada malam ahad 27/jun. format pertandingan adalah seperti yang lepas ada juga sedikit perubahan tetapi saya (Blog Keeper) terasa seperti mengelirukan mereka dengan perubahan yang baru itu. Disinilah R&D diperlukan. tidak mengapa akan kami tingkatkan lagi usaha untuk memperbaiki event yang kami adakan juga tidak lupa R&D(research and development) dalam kebanyakkan hal.


TR Update / Kemaskini

Assalamualaikum w.b.t.......

Saya hendak minta maaf banyak banyak kerana sudah kian lama saya tidak
update/kemaskini blog TERATAK RAHMAT....... Saya(blog keeper) baru sahaja dapat kerja di
Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis. dan agak sibuk dengan hal hal
isi borang kerja, med check up dan lain lain.

Jadi dalam beberapa bulan yang saya mendiamkan jari, Teratak Rahmat telah di datangi beberapa tetamu.
Tetamu tetamu yang datang bukan bertangan kosong, mereka hadir dengan sumbangan yang banyak, antaranya adalah UUM CAS, Jabatan Belia dan Sukan, UPP Perlis.

Juga Teratak Rahmat di beri sumbangan Logo baru yang di letak di hadapan bangunan ISLAH ia bukanlah logo Teratak Rahmat akan tetapi ia adalah logo Al-Islah Perlis memandangkan bangunan itu bangunan Al-Islah Perlis. Logo yang berlampu pada waktu malam itu sungguhlah cantik kerana ia timbul bila dipandang pada waktu pagi, saya yakin bahawa ia akan menangkap penglihatan sesiapa sahaja yang tengok logo tersebut. Ini adalah kelebihan kepada TR dengan cara itu orang ramai akan tahu tentang Pusat Pengajian Al-Islah Perlis dan Teratak Rahmat. harapan kami adalah untuk Allah buka hati mereka untuk datang beri sumbangan dan yang penting supaya mereka datang dengar kuliah agama pada pagi jumaat dan Ahad yang diadakan secara konsisten oleh Al-Islah. InsyaAllah akan saya upload gambar logo.