Wednesday, April 14, 2010

Pertemuan Mesra UUM CAS


UUM College of Arts and Sciences telah datang dengan pelbagai benda yang bermakna buat Anak TR.
Mereka hadir dengan sumbangan yang banyak dan aktiviti yang menarik untuk TR.

Antara aktiviti yang diberi adalah
permainan YUT. YUT adalah permainan papan seakan "snake & ladder"




Bakal dikemaskini...

Tuesday, April 13, 2010

Sumbangan dari Kastam Perlis.

Kastam Diraja Malaysia Perlis datang pada petang jumaat 9/April/2010 dengan sumbangan. Sumbangan yang berupa:
  • beras/ beras pulut
  • tepung
  • minyak masak
  • duit sumbangan


Kami dari pihak Teratak Rahmat mengucapkan banyak banyak terima kasih atas sumbangan yang diberi. Semoga jasa anda dibalas oleh ALLAH.






Monday, April 5, 2010

Pertandingan Mengeja dan Mengira kali Kedua

Setiap minggu pada hari Ahad akan ada Pertandingan Mengeja dan Matematik. Ahad minggu lepas pertandingan kali ke 2 berjalan dengan lancar AlhamduLillah, dan terdapat perubahan dalam kumpulan yang menang kali ini. Tujuan pertandingan ini untuk meningkatkan tahap bahasa dan matematik dikalangan anak TR. Berikut adalah keputusan kepada Pertandingan Mengeja dan Matematik kali kedua, dimenangi oleh kumpulan Rafflesia iaitu Fatimah, Azhar, Farah dan Isma. Tahniah kepada pemenang....



Hakim untuk pertandingan dari kiri:
Talib/Tikah=Point Keeper/penjaga poin
Zulkifli=Question,answer Judge/hakim soalan,jawapan.
Bunyamin=Time Keeper/penjaga masa
Adam(tiada dalam gambar)=pengacara/emcee

Thursday, April 1, 2010

Sumbangan dari kakitangan Jabatan Belia

Inisiatif kakitangan Jabatan Belia untuk memberi beberapa benda seperti barang makanan
dan makan malam untuk Teratak Rahmat.



Majlis bermula apabila waktu solat Maghrib masuk dan solat berjemaah dijalankan. Azan di kumandangkan oleh adik Wan Suhaimi. dan solat diimamkan oleh syed muhd syafiq.





Selepas Solat Maghrib, tazkirah diberi oleh Ustaz Umarhayat penuntut IPTIPs. Sumbangan beras diberi semasa sedang kami menunggu solat Isya' pengerusi Teratak Rahmat iaitu cikgu Man menerima beras tersebut. Jamuan yang dijanjikan untuk kami diadakan selepas solat isya' yang diimamkan oleh adik Haidar.





Anak Anak TR menjamu jamuan berupa nasi minyak, Ayam Masak Merah, Acar & Pisang.