Wednesday, March 31, 2010

Mendaki & Berkhemah di Banjaran Nakawan




Bismillah....

Seramai 10 orang Anak Rahmat dan 4 Warden TR telah sertai pendakian dan perkhemahan di Banjaran Nakawan. Terdapat juga 34 pelajar daripada IPTIPs dan 3 pelajar daripada SMK Tengku Budriah. Tempat yang kami tujui kebiasaan di panggil dengan gelaran "Teh 'O". Nama Teh O diberi kerana warna kolam air yang terdapat di sana.


Pada masa dahulu tempat tersebut adalah lombong bijih timah. Kawasan itu dikorek dalam dan apabila ia di tinggalkan air hujan turun menyebabkan air bertakung di dalam lombong tersebut, maka terjadilah sebuah kolam air yang dipanggil Teh O'. Banyak sejarah menarik terdapat di tempat tersebut, tempat lombong Teh O' terbahagi kepada dua, satu dinamakan Teh O' dan satu lagi terkenal dengan nama Teh O' Pui. Teh O' Pui adalah satu lagi tempat melombong tetapi ia agak jauh dari kolam Teh O' jika hendak pergi. Di Teh O' Pui masih lagi ada enjin untuk melombong bijih timah, pengunjung akan tercengang jika dapat lihat enjin tersebut kerana enjin itu besar dan akan ada tanda tanya dalam diri masing masing bagaimana ia dibawa naik ke atas? itulah semangat kerja orang cina pada masa dahulu, untuk naik kesana mereka akan tanggung bahagian-bahagian untuk membuat enjin dan semasa turun mereka akan tanggung bijih timah untuk mendapatkan upah.

Perjalanan kesana paling cepat adalah 2 jam paling lama 6 jam.
Untuk warden dan Anak Rahmat, mereka mengambil masa 4-5 jam, semangat Anak Rahmat yang berkobar kobar untuk sampai dengan pantas telah membuat warden lain tidak dapat mengikuti mereka dari belakang. Anak Rahmat pantas mengekori pemandu bukit tersebut.

Kami di sana selama 3 hari 2 malam, terdapat cabaran pada hari pertama kerana hujan turun dan menjadikan para peserta sukar untuk mendirikan khemah dengan cepat. Persekitaran yang basah menyebabkan orang terkejar-kejar, interaksi yang payah semua itu adalah dugaan dalam perkhemahan kami. Menurut Ketua Perkhemahan memang itulah yang kami perlu hadapi . Dalam kepayahan tersebut, semestinya terdapat keseronokan, kepuasan dan pengalaman yang kami dapat dalam menghadapi cabaran tersebut. InsyaAllah kami semua berminat mahu ke sana lagi....


Di bawah terdapat gambar Teh O' di mana warna air sudah berubah menjadi hijau sungguh sebuah permandangan yang cantik melihat warna air yang hijau dan bersih...






Laporan Oleh:
Adam Tengku Badrillah
Warden Teratak Rahmat

Tuesday, March 2, 2010

Pertandingan Matematik dan Mengeja





Pada malam Ahad lepas bertarikh 28/2/10, TR telah menganjurkan pertandingan matematik dan mengeja dalam bahasa melayu.Format pertandingan untuk matematik adalah Sifir & Kira Kira bagi mengeja untuk kali pertama mereka mengeja dalam bahasa Melayu, dan kali kedua mereka akan mengeja dalam bahasa Inggeris. pemarkahan adalah dengan cara 1 jawapan betul akan dapat 2 point.
kesemua Anak anak TR diwajibkan mengambil bahagian. pelajar sekolah rendah dan menengah di campur menjadi satu kumpulan contoh "2 pelajar sekolah rendah + 2 pelajar sekolah menengah" dan terbentuk 1 kumpulan.kami bahagikan mereka ke 6 kumpulan, dan terdiri daripada:

  • S.A.R.A
  • Teratak Rahmat Moden
  • Strategik
  • Rafflesia
  • X-Zone
  • Emipre

Pihak Warden TR juga mengambil bahagian dalam menolong sebanyak sedikit dengan acara itu.antara kerja kerja yang diberi oleh warden adalah:


QM(Question Maker) = Wan atikah(matematik) Zuraida(Bahasa Melayu)


Judges = Zulkifli(pemberi soalan/pengadil) Kak Lin & ustaz ihsan(penjaga peserta)


Time Keeper = Nor Eman


Emcee = Adam


Point Keeper = Wan Atikah(pengutip markah) Zahiri(penjaga papan markah)


Pertandingan itu dari mula hingga akhir sungguh mendebarkan dan amat menarik.Kumpulan yang menjadi juara pada malam itu adalah kumpulan S.A.R.A kerana kumpulan itu mengutip markah yang paling banyak, markah mereka dikutip melalui adik Ridzuan.dia telah mengumpul markah yang paling banyak untuk kumpulannya. beliau amat hebat dalam kira kira matematik hingga tiada siapa dapat mengeluarkannya. Hadiah untuk pemenang disponsor oleh en Azwar Ibrahim.Pertandingan itu berjalan dengan baik syukur tak terhingga kepada ALLAH kerana dengan kekuasaannya pertandingan tersebut telah berjaya dijalankan.