Tuesday, February 2, 2010

Kelas komputer di Teratak Rahmat



Dengan kehadiran seorang graduan IT untuk Teratak Rahmat. Makmal Komputer TR kini agak sibuk dengan kelas komputer untuk anak anak TR.

Kelas komputer telah pun bermula pada 11.Januari.2010 yang lepas. mereka di ajar dari peringkat ke peringkat tentang komputer. Subjek komputer tidaklah begitu sukar kerana ia lebih kepada pengetahuan umum dan amat mudah untuk mengetahui tentangnya. Jumlah kelas yang sudah dijalankan ada 3 dalam masa 4 minggu dan insyaAllah pada minggu ini akan ada ujian pengenalan perkakasan(hardware introduction test). Komputer yang dapat digunakan untuk tujuan pembelajaran adalah dalam 3 buah sahaja yang lain terdapat kerosakan dan mungkin akan di baiki. kekurangan komputer agak melambatkan proses pengajaran tetapi anak anak TR menggunakan kaedah kongsi bersama rakan kumpulan mereka.

Anak anak TR di bahagikan kepada 4 kumpulan, tujuan pembahagian ini adalah kerana mengelakkan kesesakan di dalam makmal. Dan juga tujuan mewujudkan kerja berpasukan(teamwork). melalui ini mereka akan dapat belajar cara untuk bekerja secara berpasukan. Antara kumpulan mereka adalah:-

-IT Teratak
-KYKB(Kami Yakin Kami Boleh)
-STI(Sistem Teratak Impian)
-OYB(Orang yang Beriman)

Monday, February 1, 2010

Sumbangan YB. Dato' Seri Shahidan Kassim

Walaupun blog Teratak Rahmat belum pernah melaporkan sumbangan YB. Dato' Seri Shahidan Kassim tetapi sumbangan beliau tidak pernah putus sejak tahun pertama Teratak Rahmat beroperasi lagi.

Beliau senantiasa memberi sumbangan, bermula daripada menghiburkan hati Anak Rahmat dan warden dengan jamuan sehinggalah memberi saguhati kepada semua di sini. Terbaru ialah pada hari Ahad yang lalu iaitu pada 24 Januari 2010, sekali lagi warga Teratak Rahmat bergembira dengan majlis sumbangan saguhati kepada ibu tunggal, anak yatim , anak fakir miskin dan warden sukarela daripada Teratak Rahmat.

Jelas kegembiraan terpancar pada wajah individu yang menerima sumbangan langsung daripada YB. Dato' Seri Shahidan Kassim. Terima kasih kami ucapkan atas sumbangan Dato' selama ini yang sentiasa prihatin dengan masalah kami. Tidak lupa juga dengan setiap sumbangan juadah berbuka puasa sebelum ini yang sentiasa disebut-sebut oleh warga Teratak Rahmat sehingga kini.

Semoga Allah jualah yang membalas jasa Dato' kepada kami dengan limpah kurnia yang tidak dapat kami sediakan untuk YB. Dato' Shahidan Kassim, moga-moga perjuangan kita sama-sama diredhai oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.

Laporan Oleh :
Zahiri bin Zubir
Warden Litar Teratak Rahmat.