Wednesday, October 27, 2010

Ibadah Korban untuk Teratak Rahmat

Apakah Ibadah Korban?
> Ia dilakukan selepas menunaikan Solat 'Idil Adha(hari raya Qurban)
> Yang disembelih adalah seperti Kambing, kibasy, unta dan sebagainya
> Ia adalah Sunnah Rasulullah S.A.W maka ini adalah amalan yang sangat murni
> Ia tidaklah suatu yang wajib seperti berpuasa di bulan ramadhan sebaliknya ia adalah Sunat seperti dalam sebuah hadis dari Ummi Salamah bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

أذا رأيتم هلال ذي الحجة وأراد أحدكم أن يضحى فليمسك عن شعره وأظفاره

"Apabila kamu melihat anak bulan zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak bekurban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya."

pada perkataan "kamu hendak berkurban/kamu mahu berkurban" menunjukkan bahawa berkorban itu terserah kepada kemahuan seseorang. Ini bererti bahawa berkorban itu tidak wajib tetapi hanya sunnat.

Kehidupan seorang manusia adalah untuk mencari keredhaan Allah, maka berkorban itu adalah antara jalan jalan keredhaan Allah.
______________________________________________________
Seperti pada tahun lepas, Ibadah Korban akan dijalankan,
dan dagingnya akan disedekahkan kepada Asrama Anak Yatim dan Miskin Teratak Rahmat.

~Persoalannya tuan tuan dan puan puan...


Adakah Anda mahu mengerjakan Ibadah Korban Menurut SUNNAH!?
Adakah anda mahu menambah pahala Korban dengan mensedekahkan dagingnya!?
Mahu mengganda ganjaran pahala sedekah apabila yang akan memakannya adalah dikalangan Anak Yatim dan Miskin?

Mari tuan tuan dan puan puan....

Mari sertai Ibadah Korban di Teratak Rahmat (Lembu tidak disembelih di TR)

1 bahagian lembu -----> RM 350 sahaja.
Tarikh tutup ------> 5 zulhijjah (11 november 2010)

Di minta untuk tuan tuan dan puan puan sebarkan informasi ini kerana dengan daging daging Korban yang kami dapat, kami berkesempatan untuk simpan dagingnya sepanjang tahun 2011 untuk diberi makan Anak Yatim dan Miskin berada di Teratak Rahmat.

Untuk sebarang pertanyaan boleh anda hubungi
Hazman : 019-4459382 E-Mail: ibnarawi99@yahoo.com

No comments: