Sunday, October 17, 2010

First test


First test bermaksud ujian pertama sebelum ujian yang sebetulnya.
apakah maksud itu?

seperti kata wardern TR Zahiri, kamu akan diduga/diuji disini terlebih dahulu baru kamu akan dibawa ke sebuah tempat yang lebih mencabar lagi!

Masih belum membawa apa apa maksud dari tajuk dan isi intro.
pada tarikh yang sama dengan kehadiran pengunjung dari maktab perguruan
Anak anak TR di bawa ke sebuah kebun di bukit keteri di mana aktiviti khemah "camping" dijalankan. idea camping ini adalah idea ketua warden kami Azwar Ibrahim. perkhemahan di kebun tersebut adalah supaya anak anak TR ini di duga di kebun yang separa mencabar ini sebelum membawa mereka ke tempat yang lebih lagi mencabar seperti di "Teh O" yang telah anak anak TR menengah kunjung.

Di hadiri oleh anak anak TR dari rendah ke menengah juga seorang pelajar baru TR, beberapa ahli silat PLN. mereka tiba pada tengah hari selepas aktiviti dengan pihak maktab perguruan sabtu itu, dimulakan dengan arahan supaya cari dan dapatkan lokai untuk khemah dibangunkan. saya hadir semasa sedang mereka naikkan khemah mereka berada di merata rata tempat di kebuh tersebut untuk mencari lokasi sesuai, pihak lelaki jumpa sebuah lokasi di mana bertempat di tanah orang! dan mereka disuruh untuk tukar lokasi. pihak perempuan menempatkan khemah mereka di tanah bekas tanaman jagung lokasi tersebut agak elok kerana ia dekat dengan air. perkhemahan itu berjalan seperti biasa di mana unggun api di naikkan, khemah khemah di naikkan, solat jemaah atas rumput dan masakan masakan meggi menjadi menu utama. Ahli silat PLN hadir adalah kerana pada malam hari terdapat silat tengan malam yang di kendali oleh majo. kaedah silat yang menarik itu sempat saya saksikan. pada waktu yang sama juga pelajar TR yang rendah di beri tugas atau cabaran yang mengentalkan hati! cabaran itu menyuruh mereka jalan yang pendek tetapi gelap menuju ke sebuah rumah atau pondok yang usang, jika pembaca sekilan pandang pada pondok itu malam hari akan pembaca fikir 2X untuk ke sana :) dan pada lewat malam taklimat diberi oleh wardern zahiri kata katanya seperti di atas. sentri ditempatkan pada setiap satu jam. kesemua pelajar di beri peluag untuk berjaga pada malam hari.

Selepas cubaan pertama nampak bahawa anak anak TR rendah sudah sedia untuk ke tempat yang lebih mencabar lagi!! InsyaAllah akan bawa mereka ke Teh O atau banjaran nakawan





No comments: