Wednesday, September 22, 2010

Selesai sudah...

Adik Wan Suhaimi dan Rusydi.

Assalamualaikum kepada semua....

Sudah selesai atau selesai sudah? dua dua pun Ok... ^_^

Selesai sudah menunaikan rukun islam ketiga dan dalam proses melakukan puasa itu kita selesaikan juga rukun islam keempat iaitu membayar zakat...
di Teratak Rahmat kesan dari rahmat Allah nampak jelas melalui sumbangan sumbangan yang kami terima. apa yang boleh saya katakan tentang sumbangan orang ramai adalah:

ia hadir tanpa duga,
ia datang dengan senyuman,
ia mengejutkan hati yang gembira,
ia kekalkan harapan,
ia meringankan beban,
ia penyebab kami berada dalam kelegaan.

Di sini saya mahu senaraikan beberapa nama pemberi sumbangan kepada TR.
Terlebih dahulu saya hendak mengatakan saya minta maaf kerana mungkin terdapat nama yang tidak disenaraikan atas sebab kelemahan saya, saya tidak peka dalam menuliskan pada awal awal lagi nama nama pengunjung yang memberi sumbangan. akan saya baiki diri saya sendiri. Ribuan maaf....

  1. Al-Nidaa'
  2. UiTM Arau dan profesor rashid
  3. En. Bostani
  4. Pn. Wan Zurina
  5. Dr. Zainuddin (dari klinik keluarga Changlun)
Mari kita renungkan ayat Al-Quran dibawah:


Sesungguhnya wang ringgit / harta yang dibelanjakan kerana Allah / untuk mendapat redha Allah itu tidak akan mengurangi harta kita malah akan diganti kembali oleh Allah. Inilah janji Allah dan demikianlah yang telah disampaikan oleh utusanNya Muhammad Rasulullah dan inilah kepercayaan yang wajib diimani oleh setiap orang yang beriman. Firman Allah: Surah As-Saba’ ayat 39 [34:39]

قُلْ اِنَّ رَبِّى يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا اَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِيْنَ

Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendakiNya di kalangan hamba-hambaNya, dan apa-apa yang kamu nafkahkan dari sesuatu maka Allah akan menggantinya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki

No comments: