Thursday, August 5, 2010

Lakonan Keagamaan

Bismillah....

Apa khabar semua,
selepas kami cuba cungkil bakat anak anak TR dalam penciptaan, kami cuba pula
cari bakat mereka dalam pementasan.
Pementasan keagamaan yang di cadangkan kepada mereka di kendali oleh sukarelawan yang ikhlas menyumbang bakti, bermaksud akan ada warden jadi mentor dalam pementasan mereka.



Seperti gambar di sebelah, adik Syafiq cuba menghidupkan wataknya dengan beberapa
misai dan janggut tiruan, beliau memainkan watak seorang ayah kepada ahli kumpulannya. kumpulannya yang buat pementasan seperti sebuah cerita ayah yang meniggalkan dua orang anak yang tiada tempat tuju, keduanya telah yatim disyorkan oleh ketua kampung pergi ke rumah pakcik nya dilakonkan oleh warden tetap TR (abg zul).
Lakonan abg zul telah mengalahkan lakonan kesemua orang yang ambil bahagian,
abg Zul telah menghidupkan wataknya dengan penuh semangat!!

kumpulan lain juga telah menunjukkan lakonan keagamaan mereka dengan elok, banyak pengajaran yang penonton dapat dari lakonan lakonan mereka. kumpulan yang memenangi pertandingan itu ada kumpulan Bang Bang Boom yang diketuai oleh saudara amin.




No comments: