Thursday, April 1, 2010

Sumbangan dari kakitangan Jabatan Belia

Inisiatif kakitangan Jabatan Belia untuk memberi beberapa benda seperti barang makanan
dan makan malam untuk Teratak Rahmat.



Majlis bermula apabila waktu solat Maghrib masuk dan solat berjemaah dijalankan. Azan di kumandangkan oleh adik Wan Suhaimi. dan solat diimamkan oleh syed muhd syafiq.





Selepas Solat Maghrib, tazkirah diberi oleh Ustaz Umarhayat penuntut IPTIPs. Sumbangan beras diberi semasa sedang kami menunggu solat Isya' pengerusi Teratak Rahmat iaitu cikgu Man menerima beras tersebut. Jamuan yang dijanjikan untuk kami diadakan selepas solat isya' yang diimamkan oleh adik Haidar.





Anak Anak TR menjamu jamuan berupa nasi minyak, Ayam Masak Merah, Acar & Pisang.










No comments: