Tuesday, March 2, 2010

Pertandingan Matematik dan Mengeja





Pada malam Ahad lepas bertarikh 28/2/10, TR telah menganjurkan pertandingan matematik dan mengeja dalam bahasa melayu.Format pertandingan untuk matematik adalah Sifir & Kira Kira bagi mengeja untuk kali pertama mereka mengeja dalam bahasa Melayu, dan kali kedua mereka akan mengeja dalam bahasa Inggeris. pemarkahan adalah dengan cara 1 jawapan betul akan dapat 2 point.
kesemua Anak anak TR diwajibkan mengambil bahagian. pelajar sekolah rendah dan menengah di campur menjadi satu kumpulan contoh "2 pelajar sekolah rendah + 2 pelajar sekolah menengah" dan terbentuk 1 kumpulan.kami bahagikan mereka ke 6 kumpulan, dan terdiri daripada:

  • S.A.R.A
  • Teratak Rahmat Moden
  • Strategik
  • Rafflesia
  • X-Zone
  • Emipre

Pihak Warden TR juga mengambil bahagian dalam menolong sebanyak sedikit dengan acara itu.antara kerja kerja yang diberi oleh warden adalah:


QM(Question Maker) = Wan atikah(matematik) Zuraida(Bahasa Melayu)


Judges = Zulkifli(pemberi soalan/pengadil) Kak Lin & ustaz ihsan(penjaga peserta)


Time Keeper = Nor Eman


Emcee = Adam


Point Keeper = Wan Atikah(pengutip markah) Zahiri(penjaga papan markah)


Pertandingan itu dari mula hingga akhir sungguh mendebarkan dan amat menarik.Kumpulan yang menjadi juara pada malam itu adalah kumpulan S.A.R.A kerana kumpulan itu mengutip markah yang paling banyak, markah mereka dikutip melalui adik Ridzuan.dia telah mengumpul markah yang paling banyak untuk kumpulannya. beliau amat hebat dalam kira kira matematik hingga tiada siapa dapat mengeluarkannya. Hadiah untuk pemenang disponsor oleh en Azwar Ibrahim.Pertandingan itu berjalan dengan baik syukur tak terhingga kepada ALLAH kerana dengan kekuasaannya pertandingan tersebut telah berjaya dijalankan.




No comments: