Monday, February 1, 2010

Sumbangan YB. Dato' Seri Shahidan Kassim

Walaupun blog Teratak Rahmat belum pernah melaporkan sumbangan YB. Dato' Seri Shahidan Kassim tetapi sumbangan beliau tidak pernah putus sejak tahun pertama Teratak Rahmat beroperasi lagi.

Beliau senantiasa memberi sumbangan, bermula daripada menghiburkan hati Anak Rahmat dan warden dengan jamuan sehinggalah memberi saguhati kepada semua di sini. Terbaru ialah pada hari Ahad yang lalu iaitu pada 24 Januari 2010, sekali lagi warga Teratak Rahmat bergembira dengan majlis sumbangan saguhati kepada ibu tunggal, anak yatim , anak fakir miskin dan warden sukarela daripada Teratak Rahmat.

Jelas kegembiraan terpancar pada wajah individu yang menerima sumbangan langsung daripada YB. Dato' Seri Shahidan Kassim. Terima kasih kami ucapkan atas sumbangan Dato' selama ini yang sentiasa prihatin dengan masalah kami. Tidak lupa juga dengan setiap sumbangan juadah berbuka puasa sebelum ini yang sentiasa disebut-sebut oleh warga Teratak Rahmat sehingga kini.

Semoga Allah jualah yang membalas jasa Dato' kepada kami dengan limpah kurnia yang tidak dapat kami sediakan untuk YB. Dato' Shahidan Kassim, moga-moga perjuangan kita sama-sama diredhai oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.

Laporan Oleh :
Zahiri bin Zubir
Warden Litar Teratak Rahmat.