Tuesday, January 20, 2009

Persona Non Grata di Teratak Rahmat

Dalam keluarga besar Teratak Rahmat meniti hari-hari terawal dalam tahun 2009, barulah diinsafi bahawa ada persona non grata di kalangan Anak-anak Rahmat. Persona non grata di sini bukanlah judul sebuah filem cinta melayu yang ‘gagal’ di sinema.


Sebaliknya persona non grata di sini merujuk kepada ‘orang-orang yang tidak dialu-alukan’ kerana dianggap tidak bernegara (stateless). Apabila dianggap sebagai ‘tidak wujud’ maka persona non grata tidak mendapat hak dan keistimewaan sebagai warganegara meskipun mereka lahir di sesebuah negara itu.



Inilah nasib 5 Anak Rahmat iaitu adik Nur Farah Azlina binti Abd Rahim (8 tahun), adik Muhammad Shahirul bin Somsak (9 tahun), adik Muhammad Alias bin Abd Rahim ( 10 tahun), adik Mohammad Rizuan bin Somsak ( 10 tahun) dan adik Rosmati binti Abd Rahim ( 11 tahun). Walaupun lahir di bumi Malaysia, mereka tidak diiktiraf sebagai warganegara Malaysia kerana ibu-bapa adalah orang Melayu Patani yang memegang kerakyatan Thailand. Ada pula yang bernasib lebih buruk apabila mereka tiada dokumen pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan.


Ekoran daripada keadaan ini, masalah paling besar yang dihadapi oleh Teratak Rahmat adalah untuk menyekolahkan mereka. Tanpa pengiktirafan sebagai warganegara, Teratak Rahmat perlu membayar RM20 sehari kepada Jabatan Pendidikan untuk setiap seorang daripada mereka


Untuk mengikuti perkembangan selanjutnya ( Sila Klik Sini )

No comments: